• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sibuk Tugas Tidak Halang Anwar Santuni Rakyat

oleh Cj Mnh
23/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON — Kesibukan tugas di Dewan Rakyat dan sebagai presiden PKR, tidak menjadi halangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk sentiasa menyatuni rakyat di sini.

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata sokongan padu yang diberi pengundi di sini memberi tanda ia sebagai mandat kuat yang diberi oleh rakyat untuk membawa suara mereka ke peringkat atasan.

“Saya jalankan tugas di sini mungkin dah kali keenam atau ketujuh, saya nak bagi contoh baik kepada Anggota Parlimen dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) supaya rajin turun padang.

“Kalau hujung minggu saya tak boleh datang, saya akan datang semasa hari berkerja, sama ada petang atau malam,” katanya semasa berucap di hadapan lebih 2,000 hadirin di Majlis Kesyukuran Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Port Dickson di Dewan Homestay Kampung Pachitan, Lukut, dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Aminuddin Harun dan ADUN Chuah, Michael Yek Diew Ching.

Anwar berkata walaupun baru menjadi ahli Dewan Rakyat, beliau sempat membahaskan belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada awal bulan ini.

“Kita tahu ramai yang keluh-kesah sebab beberapa subsidi telah dipotong, seperti bantuan kepada penoreh dan nelayan.

“Menteri Kewangan berkata ada bantuan yang tiris dan tidak sampai ke akar umbi, namun bila saya buat rayuan, beliau segera bangun dan berjanji untuk mengkaji semula dan serah balik bantuan kepada rakyat,” katanya.

Sambil mengucapkan tahniah kepada jentera pilihan raya kecil yang membantu kemenangannya, Anwar berjanji untuk cuba mengatasi isu yang melanda penduduk setempat.

“Baru-baru ini, kerap berlaku banjir kilat di Port Dickson. Tiap-tiap minggu ada banjir di sini.

“Saya ingat kita akan berbincang dengan Majlis Perbandaran Port Dickson dan kerajaan negeri untuk bagaimana cara atasi masalah banjir ini secara menyeluruh,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimPort Dickson
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Proton X70 Masuki Pasaran Mulai 12/12/18

Next Post

Menteri Perpaduan Jadi Menteri Perpecahan

Related Posts

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memantau rapat perkembangan yang berlaku di Asia Barat ketika ini serta kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi...

IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian – Anwar

IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian – Anwar

31/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan akan terus memberi dorongan dan dukungan kepada semua institut pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam usaha meneroka...

Next Post

Menteri Perpaduan Jadi Menteri Perpecahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd