• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesan Cukai Soda Boleh Rugikan Ekonomi

oleh Cj Mnh
07/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELANJAWAN 2019 menyaksikan beberapa cukai baharu diperkenalkan dan salah satu daripadanya ialah cukai eksais ke atas minuman bergula atau ringkasnya cukai soda.

Selain bermatlamat menambah kutipan hasil cukai kerajaan, cukai soda diperkenalkan bagi membendung masalah kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama kegemukan atau obesiti.

Langkah memperkenalkan cukai soda bukanlah sesuatu usul yang baharu kerana ia pernah dicadangkan oleh kerajaan terdahulu. Pelaksanaannya tertangguh kerana memerlukan kepada penilaian yang terperinci dengan mengambil kira kesan kepada ekonomi dan juga keberkesanan cukai itu dalam membendung masalah obesiti dan diabetes.

Adakah cukai soda instrumen yang efektif bagi menangani masalah obesiti? Adakah cukai ini berpotensi memberi impak negatif kepada ekonomi Malaysia?

Kajian terhadap keberkesanan cukai soda ke atas kesihatan banyak dilaksanakan di negara lain. Dapatan menunjukkan tiada bukti jelas cukai soda boleh menjadi alat dasar percukaian yang efektif di dalam membendung masalah kesihatan.

Di Finland, cukai soda dilaksanakan sejak 1940-an tetapi kadar obesiti di negara itu terus meningkat. Di Greece pula, kajian menunjukkan minuman soda bukanlah penyebab utama kepada obesiti.

Kesan penggantian ialah salah satu faktor penyumbang sebab pelaksanaan cukai soda kurang berkesan dalam menangani masalah kesihatan. Pengenalan cukai soda menyebabkan harga minuman soda menjadi lebih mahal

Maka wujud kecenderungan yang tinggi untuk pengguna beralih kepada minuman bergula lain seperti teh tarik. Kesan penggantian dijangka akan lebih dominan apabila berlaku penurunan harga gula di pasaran.

Kajian menunjukkan pelaksanaan cukai soda memberi kesan yang signifikan kepada ekonomi. Berikut dikongsikan dapatan daripada kajian yang dibuat di Vietnam, Indonesia dan United Kingdom (UK).

Di Vietnam, kajian Central Institute for Economic Management menganggarkan, cukai soda meningkatkan cukai kerajaan sebanyak AS$8.46 juta tetapi menyebabkan kerugian ekonomi sebanyak AS$52.6 juta.

Di Indonesia, kajian oleh Institute for Economic and Social Research mendapati walaupun cukai soda meningkatkan cukai sebanyak Rp590 bilion tetapi cukai nilai ditambah (bersamaan dengan Cukai Barang dan Perkhidmaatan atau GST) dan cukai korporat berkurangan masing-masing sebanyak Rp.562.7 bilion dan Rp.736.1 bilion.

Di UK, Oxford Economics menganggarkan pelaksanaan cukai soda menambah hasil cukai sebanyak £504 juta. Tetapi kos kepada ekonomi pula ialah kehilangan kira-kira 4,000 peluang pekerjaan dan penurunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak £132 juta.

Permintaan berkurangan

Bagaimana pula impak kepada ekonomi Malaysia? Kajian yang dibuat oleh penulis dan rakan-rakan juga mendapati penemuan yang serupa dengan negara lain.

Umpamanya, jika kerajaan mengenakan 10 peratus cukai ke atas minuman bergula, hasil bersih kerajaan dianggarkan bertambah sebanyak RM156 juta. Bagaimanapun, jualan industri minuman ringan dijangka akan mengalami kerugian sebanyak RM546 juta akibat daripada pengurangan permintaan.

Pengurangan jualan turut memberi impak kepada industri lain yang menjadi pembekal input secara langsung mahupun tak langsung kepada industri minuman ringan.

Dengan mengambil kira impak keseluruhan rantaian bekalan, KDNK dianggarkan berkurangan sebanyak RM291 juta dan hampir 3,221 akan kehilangan pekerjaan. Kesan rantaian ini penting kerana industri minuman ringan ialah satu industri di Malaysia yang mempunyai nilai rantaian bekalan yang strategik dengan industri lain.

Rumusannya, langkah pengenalan cukai soda memerlukan kepada penelitian khusus dengan mengambil kira kesan tak langsung kepada keseluruhan ekonomi. Walaupun pengenalan cukai soda meningkatkan hasil cukai, peningkatan ini mungkin tidak setimpal dengan kerugian yang ditanggung oleh ekonomi.

Jika alasan faktor kesihatan menjadi matlamat kerajaan, langkah bukan cukai seperti pendidikan kepenggunaan dan program kesedaran lebih baik yang boleh dipertimbangkan.

Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM) & Ketua Laboratori Kaedah Kuantitatif Analisis Dasar, Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, UPM – BH Online

Tags: cukai sodaEkonomi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tahan 3 Lelaki, Rampas 11.058 Kg Syabu

Next Post

Gani Perlu Jawab Mengapa Musa Tidak Didakwa

Related Posts

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

02/07/2024
0

PUTRAJAYA: Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang utama ekonomi Malaysia dengan sumbangan sebanyak 67.7 peratus...

Next Post

Gani Perlu Jawab Mengapa Musa Tidak Didakwa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd