• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Malaria Monyet Bertambah Hasil Diagnostik

oleh Ahmad Albab
08/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih banyak kes Monyet Malaria (dikenali sebagai Malaria Knowlesi) dikesan di Malaysia sejak pengenalan diagnosis berasaskan molekul untuk Malaria pada tahun 2009, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jumlah kes Malaria Monyet meningkat daripada 376 pada tahun 2008 kepada 3,614 kes pada tahun 2017 manakala jumlah kes Malaria Manusia yang diperolehi secara tempatan telah menurun daripada 6,071 pada tahun 2008 kepada 85 dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

Diagnosis molekul untuk Malaria Knowlesi boleh didapati di semua Makmal Kesihatan Awam (PHL) termasuk PHL Kebangsaan di Sungai Buluh, PHL serantau di Johor, Perak, Kelantan dan Sabah. Perkhidmatan ini juga boleh didapati di hospital rujukan sejak tahun 2014.

Sejak itu, lebih banyak kes Malaria Knowlesi yang dikesan tidak seperti sebelum ini di mana ia dikasifikasikan sebagai Malaria Manusia apabila didiagnosis di bawah pengenalan mikroskopik, “katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pelaksanaan Program Penghapusan Malaria oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011 juga telah menghasilkan pengurangan Malaria Manusia dan peningkatan kesedaran di kalangan pengamal perubatan terhadap Malaria Knowlesi.

Bagaimanapun, pada masa yang sama ia membawa kepada kehilangan atau pengurangan imuniti dalam populasi terhadap Malaria termasuk Malaria Knowlesi.

“Satu lagi faktor yang menyumbang kepada peningkatan dalam kes Malaria Monyet adalah perubahan dalam pola penggunaan tanah yang mewujudkan peluang yang lebih besar untuk limpahan jangkitan kepada manusia melalui takung semla jadi atau akses kepada vektor yang dijangkiti,” katanya.

Beliau berkata populasi monyet Maacaque merupakan pembawa parasit knowlesi dengan nyamuk anopheles sebagai vektor. Oleh kerana gigitan utama Malaria Monyet berlaku di luar, maka pihak Kementerian melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang mengkaji keberkesanan racun serangga secara Penyembur Sisa Luar.

“KKM juga menggalakkan sektor pertanian dan perladangan memberi perlindungan kepada pekerja mereka dengan penggunaan kelambu dan semburan penghalau serangga sebagai pencegahan Malaria Monyet kerana orang yang terlibat dengan aktiviti berkaitan hutan seperti pertanian, pembalakan dan aktiviti rekreasi berkaitan hutan berada pada risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti Malaria Knowlesi, “katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut menjelaskan bahawa notis panggil balik oleh United States Food and Drug Administration (USFDA) ke atas tiga produk dengan bahan aktif Irbesartan tidak melibatkan pasaran Malaysia.

Jelasnya, produk Irbesartan Tablets USP 75mg, Irbesartan Tablets USP 150mg dan Irbesartan Tablets USP 300mg melibatkan 22 kelompok itu ditarik balik kerana kehadiran impurity N-nitrosodiethylamine (NDEA) yang berkemungkinan menyebabkan kanser kepada penggunaan dalam jangka panjang.

“Semakan mendapati bahawa produk itu tidak dipasarkan di Malaysia dan dengan itu KKM ingin menegaskan bahawa produk Irbesertan di Malaysia tidak terlibat dengan arahan panggil balik ini. – BERNAMA

Tags: Kes MalariaNoor Hisham Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

26 Kes Malaria Dilaporkan Di Terengganu

26 Kes Malaria Dilaporkan Di Terengganu

01/06/2023
0

HULU TERENGGANU: Sebanyak 26 kes malaria dilaporkan di Terengganu bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini. Ikuti Mynewshub: Telegram Pengarah Jabatan...

1,447 Kes Malaria, 7 Kematian Dicatatkan

1,447 Kes Malaria, 7 Kematian Dicatatkan

17/07/2022
0

IPOH: Sebanyak tujuh kematian kes malaria dilaporkan Kementerian Kesihatan berlaku di seluruh negara bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd