• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Curi 21 Laptop Penuntut IPT, 2 Lelaki Ditahan

oleh Ahmad Albab
09/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Kes kecurian 21 komputer riba di rumah sewa penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar Seri Iskandar di sini, sejak dua bulan lalu terbongkar selepas dua lelaki termasuk seorang warga Pakistan masing-masing diberkas di Kuala Lumpur dan Selangor bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata lelaki Pakistan berumur 51 tahun itu ditahan di Kuala Lumpur manakala lelaki warga tempatan berumur 27 tahun ditahan di Klang, Selangor, susulan laporan polis berhubung kejadian pecah rumah dan curi 21 komputer riba di rumah sewa penuntut IPT di kawasan berkenaan.

“Polis turut merampas empat komputer riba, tiga telefon bimbit, peranti smart tag, buku resit dan sebuah kereta Toyota Altis yang dipercayai digunakan suspek dalam kegiatan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini hari ini.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan lelaki warga tempatan itu adalah ketua kumpulan manakala lelaki Pakistan pula bertindak sebagai pembeli.

“Suspek menyasarkan rumah pelajar di Seri Iskandar dan melakukan kegiatan itu pada waktu sembahyang Jumaat dan pagi.

“Mereka juga sasarkan rumah yang mempunyai pintu gelongsor kaca (sliding door) kerana ia lebih mudah (masuk), di mana kita juga dapati kebanyakan pelajar yang tinggal beramai-ramai biasanya tidak mengunci pintu berkenaan, dan suspek mengambil kesempatan itu,” katanya.

Katanya kerugian bagi kecurian komputer riba berjumlah kira-kira RM34,000 dan barang terbabit dipercayai dijual di Kuala Lumpur pada harga sekitar RM750 hingga RM800.

Menurut Mohamad Zainal, siasatan mendapati suspek terlibat dalam lebih tujuh kes yang sama, dengan turut menyasarkan rumah pelajar di luar Perak seperti di Ampang, Selangor; Mergong, Kedah dan sekitar kawasan Perai di Penang.

“Kita masih siasat dan mengenal pasti laporan polis berkaitan kegiatan yang dilakukan kumpulan itu di luar kontinjen Perak,” katanya dan menambah suspek warga tempatan itu mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau juga membabitkan kes pecah rumah.

Tambahnya, polis masih giat mengesan tiga lagi lelaki berusia 20-an yang juga dipercayai terbabit dalam kegiatan itu termasuk seorang daripada mereka yang juga adalah pembeli, untuk membantu siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: komputer ribapencuri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunga Hiasan Majlis ‘Lesap’, Penganjur Terpaksa Minta Dipulangkan Balik

Bunga Hiasan Majlis ‘Lesap’, Penganjur Terpaksa Minta Dipulangkan Balik

10/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial apabila beberapa wanita dipercayai tetamu sebuah majlis dilihat ‘merembat’ bunga hiasan yang sepatutnya...

Pencuri Tabung Derma Ditahan Di Perkarangan Masjid

Pencuri Tabung Derma Ditahan Di Perkarangan Masjid

09/06/2023
0

SUNGAI BESAR : Pura-pura menunaikan solat sebelum melarikan wang tabung derma masjid dan surau di sekitar daerah Sabah Bernam di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd