• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama Lebih Adil Bantu APEC Hadapi Perubahan – PM

oleh
17/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT MORESBY, Papua New Guinea – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerjasama yang lebih adil dan nyata antara negara maju dan membangun dapat membantu negara anggota APEC menghadapi perubahan.

Beliau menegaskan bahawa hanya dengan konsep ‘menang-menang’ dalam kalangan anggota APEC membolehkan rantau itu merangka masa depan bersama dan inklusif dalam Era Perubahan.

“Kita telah pergi terlalu jauh dalam integrasi ekonomi dan perdagangan bebas untuk meninggalkannya dalam era perubahan ini. Apa yang kita boleh lakukan ialah menyesuaikannya dan dari situ membentuk kerjasama dan perjanjian baharu untuk memenuhi perubahan itu,” katanya.

Dalam ucapan pada Sidang Kemuncak CEO APEC pada Sabtu, beliau berkata: “Apa yang membimbangkan ialah bukan strategi tetapi kepantasan yang diperlukan untuk dilaksanakan supaya berkesan. Ia masih perkara baharu, kebanyakannya masih belum dirundingkan.”

Dr Mahathir, yang memulakan jadual padat untuk lawatan rasmi beliau selama dua hari di sini sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC, berkata APEC juga perlu menghadapi perubahan ini, jika tidak ia akan menjadi tidak relevan.

Pada sesi selama 30 minit yang diadakan di kapal persiaran Pacific Explorer, beliau berkata kerajaan akan menumpukan kepada pembangunan yang inklusif dan saksama untuk mencapai matlamat negara bersatu.

“Kami mahu memastikan bahawa setiap rakyat di Malaysia menikmati kemakmuran bersama,” katanya, sambil menambah APEC juga perlu menggalakkan konsep kemakmuran bersama dalam kalangan negara anggota.

“Saya percaya kita perlu memberi manfaat kepada jiran kita dan bukannya membiarkan mereka meminta-minta.” – BERNAMA

Tags: APECMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd