• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Mewah Tidak Layak Subsidi Petrol Bersasar

oleh Cj Mnh
13/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilik kereta mewah tetap tidak akan menikmati subsidi petrol bersasar walaupun enjin kenderaan mereka berkapasiti 1,500 cc ke bawah, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kementerian itu sedang mengkaji dan memperhalusi secara terperinci mekanisme pemberian subsidi itu termasuk dari aspek jenis ataupun model kereta yang layak menerima subsidi tersebut yang dijadualkan akan dilaksana pada suku kedua 2019.

“Selain daripada cc kereta, kita akan lihat dari segi model atau jenis kereta. Kalau ada kereta mewah yang cc-nya 1500 ke bawah, mereka tetap tidak akan layak menerima subsidi petrol bersasar.

“Contohnya, kereta mewah Mercedes, BMW, Range Rover, Audi atau Volkswagen, sekiranya 1500 cc ke bawah, tidak akan menikmati subsidi bersasar,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) pada sesi soal jawab.

Justeru, katanya tidak timbul isu bahawa kereta mewah juga akan menikmati subsidi bersasar petrol tersebut.

Mengulas lanjut, Lim berkata subsidi bersasar petrol RON 95 itu bakal memanfaatkan empat juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal apabila ia dilaksanakan.

Semasa membentangkan Belanjawan 2019 pada 2 November lepas, Lim telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengapungkan semula harga petrol RON95 mulai tahun depan mengikut Mekanisme Harga Automatik.

Bagaimanapun bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah, inisiatif subsidi petrol bersasar akan dilaksanakan dengan pemberian subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal. – BERNAMA

Tags: kereta mewahsubsidi petrol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Hanya Uji Cuba 5 Kereta Mewah – Polis

08/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Lima unit kenderaan jenis BMW dan Volkswagen yang diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, semalam,...

Proton Perdana Terbalik Dirempuh ‘Lambo’ Hilang Kawalan

08/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Wanita berdepan detik cemas apabila kereta dipandu terbalik akibat dirempuh kereta mewah jenis Lamborghini yang hilang kawalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd