• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tubuh 2 J/K Kaji SOSMA, POTA & POCA

oleh Ahmad Albab
13/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas dan Jawatankuasa Teknikal Kajian Undang-undang Berkaitan Keselamatan untuk meneliti secara terperinci peruntukan undang-undang di bawah SOSMA, POTA dan POCA, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara yang dipertimbangkan kedua-dua jawatankuasa termasuk penambahbaikan tempoh tahanan yang dilihat terlalu panjang, berkaitan kuasa polis mengenai tangkapan yang dilihat terlalu luas dan boleh disalah guna serta ‘judicial intervention’ termasuk kuasa mahkamah untuk mengadakan semakan kehakiman yang agak terhad.

Katanya kedua-dua jawatankuasa itu penting untuk meneliti kesemua cadangan yang dikemukakan pelbagai pihak dalam siri pertemuan dengan pihak berkepentingan (stake holders).

“Sekarang sudah sampai di peringkat akhir di mana kita telah sediakan draf dan kemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dan apabila selesai akan dibawa ke pihak jemaah menteri, seterusnya ke Parlimen.

“Kalau boleh bawa untuk sesi Parlimen kali ini kita akan bawa, atau paling lewat pada sesi Parlimen bulan Mac,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) yang ingin tahu mengapa kerajaan masih bergantung kepada cara penahanan preventif di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 sedangkan Kanun Tatacara Jenayah telah memperuntukkan prosedur tahanan reman bagi kesalahan- kesalahan keselamatan.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) sama ada kerajaan akan menghapuskan SOSMA atau ditukar dengan akta lain, Muhyiddin berkata kesemua akta yang dibawa ke Parlimen dan diluluskan berdasarkan Perlembagaan adalah amat penting.

Katanya, tanpa SOSMA, POTA dan POCA, beliau tidak menjamin negara boleh menjadi negara yang selamat sebagaimana hari ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin menegaskan keperluan untuk meneliti semula akta-akta tersebut untuk memastikan tiada elemen yang dianggap menindas atau bertentangan dengan hak asasi manusia.

Setakat ini, beliau berkata hampir 2,000 orang telah ditahan di bawah SOSMA, POTA (sembilan) dan POCA (475). – BERNAMA

Tags: SOSMATan Sri Muhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedah Kekal Dasar ‘Swapping’ Tanah Rizab Melayu

Next Post

Guna Khidmat Polis Ketika Anjur Program Sekolah

Related Posts

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

19/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi...

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

29/05/2024
0

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012...

Next Post

Guna Khidmat Polis Ketika Anjur Program Sekolah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd