• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Bentang Belanjawan 2019 RM2.56 Bilion

oleh
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor, hari ini membentangkan Belanjawan berjumlah RM2.56 bilion bagi 2019 yang berpaksikan kepada enam teras utama, kata Menteri Besar, Amirudin Shari.

Amirudin yang julung kali membentangkan Belanjawan sejak dilantik sebagai Menteri Besar Jun lepas berkata, Belanjawan kali ini mengagihkan peruntukan seimbang bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan iaitu masing-masing berjumlah RM1.28 bilion ataupun 50 peratus.

“Daripada peruntukan mengurus, sejumlah RM437.3 juta adalah untuk pembayaran emolumen, RM526.5 juta untuk perkhidmatan dan bekalan, RM221.98 juta bagi pemberian dan kenaan bayaran tetap, RM8.96 juta untuk pembelian aset dan RM85.26 juta perbelanjaan lain.

“Belanjawan ini dijangka mengalami defisit RM360 juta berpunca daripada peruntukan pembangunan yang substantif untuk memenuhi keperluan pembangunan mampan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2019 bertemakan Merancakkan Ekonomi, Memberdayakan Rakyat dan Mensejahterakan Negeri di persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini.

Amirudin berkata, Belanjawan negeri 2019 yang menekankan kepada enam teras utama iaitu infrastruktur, ekonomi, pendidikan, sosial, luar bandar dan kesihatan memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal dengan sebanyak 39.1 peratus dianggarkan untuk menampung perbelanjaan pembangunan infrastruktur iaitu sejumlah RM500.2 juta.

Katanya, perbelanjaan infrastruktur itu akan mendokong perkembangan ekonomi Selangor dengan peruntukan RM333.8 juta atau 26.1 peratus bagi memacu ekonomi negeri untuk terus berkembang dan mampan pada 2019.

Beliau berkata, sepanjang 10 tahun memerintah Selangor, kerajaan negeri PH kekal menjadi penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia melebihi 20 peratus di mana prestasi kewangan negeri sehingga 15 Nov 2018 berada pada tahap RM2.34 bilion. – BERNAMA

Tags: Belanjawan 2019
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

14,400 Anggota Bomba Nikmati Elaun Khas RM200

11/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14,400 anggota bomba akan menikmati Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan. “Ia sebagai penghargaan...

Belanjawan 2019 Disemak Jika Harga Minyak Bawah AS$50 Setong

23/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan hanya akan menyemak Belanjawan 2019 jika harga minyak mentah susut kurang daripada AS$50 setong, kata Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd