• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan PH Malaysia Mesra Diaspora

oleh Cj Mnh
12/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan diaspora Malaysia berasa dialu-alukan apabila mereka membuat keputusan untuk kembali ke tanah air, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ada kalanya mereka tidak dialu-alukan, (sebab) mereka telah lupa bahasa kebangsaan. Jadi, mereka tidak layak. Mereka dapati Malaysia tidak mengalu-alukan (kepulangan) mereka.”

“Saya beri jaminan kepada anda bahawa perkara ini akan diperbetulkan oleh kerajaan baharu,” katanya pada Majlis Minum Petang Bersama Rakyat Malaysia di sini.

Dr Mahathir berada di sini untuk melakukan lawatan rasmi dua hari sebelum menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan.

“Hakikat bahawa mereka tidak mempunyai kelayakan bahasa adalah satu perkara, suatu hari nanti mungkin mereka ada. Tetapi sumbangan mereka, katakanlah mereka melakukan penyelidikan mengenai kanser sebagai contoh, yang amat bernilai. Kita perlu bawa mereka pulang.

“Di negara lain, malah rakyat asing yang mempunyai kelayakan yang bagus, turut diterima oleh negara berkenaan. Tetapi kita langsung tidak memberi penghargaan kepada sumbangan yang boleh dilakukan, misalnya bagi penyelidik, mereka amat berguna kepada negara. Jadi, dalam sesetengah kes, kita perlu menerima mereka,” katanya.

Dr Mahathir juga berkata rakyat Malaysia berada di seluruh dunia dengan menceburi pelbagai profesion dan memberi sumbangan ke arah kebaikan negara lain.

Menurut beliau, ini adalah sesuatu yang perlu dibanggakan dan berharap rakyat Malaysia akan meneruskannya.

“Apabila anda kembali dari luar negara dengan wang yang bertimbun-timbun (sebagai contoh), melaburlah dan tambah baik produk Malaysia dengan kemahiran serta pengetahuan yang anda peroleh di luar negara, anda boleh melakukannya. Sumbanglah kepada kesejahteraan Malaysia.”

“Jadi… pulanglah, sebab Malaysia adalah negara anda,” katanya sebagai galakan kepada rakyat Malaysia untuk kembali ke tanah air.

Beliau memberi contoh hartawan terkemuka Malaysia Robert Kuok, dengan berkata: “Pemilik hotel (Shangri-La) misalnya, mencapai sejuta pertama beliau di Johor. Beliau seorang peserta antarabangsa yang berjaya, namun beliau tidak pernah lupa bahawa beliau meraih sejuta pertamanya di Johor.”

“Apabila kami mempelawa beliau untuk membantu memulihkan semula negara, beliau bersetuju untuk kembali dan menyumbang sebagai anggota Majlis Penasihat Kerajaan.” – BERNAMA

Tags: DiasporaMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd