• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Diminta Kaji Semula Potongan Gaji Berjadual Peminjam PTPTN

oleh Cj Mnh
12/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang anggota Parlimen penyokong kerajaan hari ini mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula penetapan pemotongan gaji berjadual bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Dr Hasan Bahrom (PH-Tampin) berkata pelaksanaan bayaran balik PTPTN menerusi potongan gaji sebanyak dua hingga 15 peratus itu dilihat menggusarkan beberapa pihak khususnya golongan muda.

“Kerajaan harus melihat kembali penetapan (kaedah pemotongan gaji) ini supaya ia tidak membebankan peminjam. Mungkin kerajaan boleh mencari kaedah yang lebih sesuai dan lebih demoktratik,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.

Hasan berkata kerajaan juga perlu melihat pertimbangan lain termasuk kemampuan dan kos sara hidup graduan.

“Apa yang dilihat sekarang, kebanyakan peminjam bukan tidak ada kesedaran untuk membayar semula pinjaman, tetapi kerana ada yang mempunyai pekerjaan tidak stabil dengan gaji yang kecil.

“Masih ada graduan bergaji rendah seperti RM1,500 dan mereka tinggal di bandar, serta dikategorikan miskin bandar. Mereka (graduan) ini dilihat masih lagi kurang berkemampuan untuk menjelaskan hutang,” katanya.

Dalam pada itu Hasan memuji inisiatif kerajaan menghapuskan bayaran balik pinjaman PTPTN bagi peminjam yang berumur 60 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM4,000 sebulan.

Ketika pembentangan Belanjawan 2019 2 Nov lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan akan melaksanakan potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Lim turut mengumumkan baki hutang peminjam berusia 60 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan juga akan dihapus kira, yang memanfaatkan 350 peminjam dengan melibatkan kos RM4.2 juta. – BERNAMA

Tags: potongan gaji berjadualPTPTN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Menteri, Penasihat Bercanggah Akibat Mahu Tutup Kesalahan

Next Post

Organisasi Perlu Pandang Serius Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

Related Posts

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

24/02/2025
0

SHAH ALAM - Tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam...

PTPTN Bantu Penuntut UMK Realisasi Harapan

PTPTN Bantu Penuntut UMK Realisasi Harapan

24/10/2024
0

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Ziarah Kasih telah merealisasikan harapan seorang bakal penuntut dari...

Next Post

Organisasi Perlu Pandang Serius Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd