• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Tumbangkan Juara Bertahan Johor

oleh
21/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelantan bangkit dari ketinggalan untuk mencipta kejutan menewaskan juara bertahan, Johor 32-27 pada aksi separuh akhir Piala Agong 2018 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini hari ini untuk mara ke pentas final.

Kelantan yang dibarisi beberapa pemain skuad ragbi tujuh sepasukan (7’s) negara termasuk kapten kebangsaan, Mohd Syahir Asraf Rosli memulakan aksi dengan perlahan selain bergelut dalam mencari rentak sehingga membenarkan Johor terlebih dahulu mengutip mata pertama seawal minit kelima.

Pemain import, Tuidruva Joshua Barak dan Wan Mohd Asyraff Norudin masing-masing meletakkan Johor 7-0 di hadapan menerusi trai dan conversion, namun Kelantan menyamakan kedudukan hasil trai Mohd Hafeez Faesal Aziz pada minit ke-15 diikuti conversion Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi.

Kedua-dua pasukan saling membalas serangan dalam usaha melebarkan jurang mata dan Johor bijak menghidu ruang untuk melakukan trai menerusi Ahmad Faris Haziq Rashidi disusuli conversion Wan Mohd Asyraff pada minit ke-25.

Kelantan kemudian merapatkan kedudukan hasil penalti disempurnakan Muhammad Azwan pada minit ke-31, namun Johor sekali lagi melebarkan kedudukan setelah Wan Mohd Asyraff cemerlang menyudahkan penalti pada minit ke-34 dan minit ke-39 sekali gus selesa mendahului 20-10 sehingga rehat.

Bersambung babak kedua, Kelantan tampil dengan aksi meyakinkan apabila mengusai keseluruhan permainan sehingga berjaya mengutip 22 mata secara berterusan menerusi tiga trai, dua conversion dan satu penalti.

Tiga try Kelantan disumbangkan pemain import, Viliame Vacala Bolalailai pada minit ke-46 dan minit ke-80 serta Muhammad Hafzan Bakri Md Roni (minit ke-66) sementara Muhammad Azwan cemerlang menyempurnakan dua conversion dan satu penalti pada minit ke-79.

Bagaimanapun, Johor enggan menyerah kalah apabila merapatkan kedudukan pada minit ke-82 menerusi trai Tuidruva Joshua pada minit ke-82 diikuti conversion Wan Mohd Asyraff, namun disiplin bertahan tinggi dipamerkan Kelantan berjaya mengekalkan kedudukan 32-27 untuk mengesahkan tempat mereka di final.

Kejayaan itu juga menyaksikan Kelantan akhirnya berjaya membalas dendam selepas dikecewakan Johor 26-31 di pentas final pada edisi 2013.

Menanti Kelantan di final yang dijadual berlangsung pada Ahad ini adalah juara edisi 2015 dan 2016, Sabah yang turut mencatat kemenangan 27-20 ke atas Kedah dalam satu lagi aksi separuh akhir di venue sama. – BERNAMA

Tags: Piala Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sabah Juara Piala Agong 2018

25/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Juara empat kali, Sabah muncul juara Ragbi Piala Agong 2018 selepas menewaskan Kelantan 47-45 dalam perlawanan pentas...

N.Sembilan Mahu Rampas Piala Agong Dari Perak

06/10/2016
0

SEREMBAN - Negeri Sembilan berazam merampas Piala Agong apabila berdepan Perak pada perlawanan pembukaan tirai Kejohanan Piala Emas Raja-Raja edisi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd