• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Jalur Lebar Mahal Kekangan Teknologi Digital

oleh Cj Mnh
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelajuan yang rendah dan harga jalur lebar yang tinggi merupakan kekangan dalam pembangunan dan penggunaan teknologi digital di Malaysia.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, perubahan teknologi yang pantas dan penggunaan yang rendah menjadi cabaran bagi Malaysia khususnya dalam aktiviti perniagaan.

“Pada masa ini, Malaysia menduduki tempat kelima selepas Singapura, Vietnam, Brunei dan Myanmar dalam kalangan negara Asia Tenggara dari segi purata kelajuan rangkaian 4G. Di samping itu indeks penggunaan digital oleh PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) adalah rendah berbanding negara lain di rantau ini,” menurut laporan itu.

Oleh itu, Malaysia perlu berubah secara pantas dan menerima pakai kemajuan teknologi digital terutamanya dalam perniagaan.

“Persekitaran ini dapat dipertingkatkan dengan tindakan bersepadu melalui pelaburan dalam ekosistem yang kondusif serta modal insan dan infrastruktur fizikal,” menurut laporan itu.

Menurut laporan itu lagi, nilai keseluruhan perkhidmatan keselamatan siber di Malaysia yang dianggar mencecah US$632.6 juta menjelang 2020 merupakan bidang pertumbuhan baharu yang boleh diterokai.

Selain perkhidmatan jalur lebar yang perlu dipertingkatkan bagi mempercepatkan pembangunan ekonomi digital, terdapat juga keperluan terhadap rangka kerja pengawalseliaan yang komprehensif berkaitan keselamatan siber.

“Terdapat ruang untuk penambahbaikan terutamanya dalam membangunkan garis panduan dan amalan terbaik bagi menguruskan keselamatan serta perkhidmatan keselamatan pengkomputeran awan di negara ini.

“Kerajaan juga perlu menangani isu jurang tenaga mahir yang kritikal dalam bidang seperti forensik digital, pentadbiran keselamatan dan penganalisis keselamatan,” menurut laporan itu.

Selain itu, laporan itu menyatakan ekosistem yang selamat dan kondusif adalah penting untuk meningkatkan kepercayaan pengguna serta pelanggan terhadap platform e-dagang dan e-pembayaran.

Menurut laporan itu lagi, di Malaysia telefon pintar kekal sebagai kaedah paling popular untuk pengguna mengakses internet yang membolehkan negara mencapai status masyarakat berorientasikan mudah alih.

“Pada 2017, terdapat sebanyak 35.3 juta langganan jalur lebar mudah alih berbanding 2.6 juta langganan jalur lebar tetap,” menurut laporan itu.

Perkembangan dalam teknologi digital dijangka dapat meningkatkan sumbangan e-dagang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar melebihi RM70 bilion pada 2020 dan seterusnya mencecah RM400 bilion menjelang 2025. – BERNAMA

Tags: Jalur lebarteknologi digital
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PKP Punca Aliran Trafik Internet Tinggi?

09/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Peningkatan dalam penggunaan persidangan video, pembelajaran dan aktiviti membeli-belah melalui internet telah menyumbang kepada peningkatan permintaan jalur...

Malaysia Mahu Teknologi Digital Pembangunan Pelancongan

26/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Malaysia sedang mengorak langkah ke arah pendigitalan yang komprehensif bagi mengubah industri pelancongannya dengan inisiatif pelancongan pintar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd