• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekecohan Di Kuil Sri Mariamman Bukan Isu Kaum – Ketua Sami

oleh Cj Mnh
26/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Insiden kekecohan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights awal pagi ini tiada kaitan dengan perbalahan sesama kaum India mahupun kaum lain, kata Ketua Sami kuil berkenaan, Jeyakumar Subramaniam

Sebaliknya, beliau berkata ada cubaan provokasi yang sengaja dilakukan pihak tertentu yang mengaitkan kekecohan itu dengan perbalahan kaum.

“Ini bukan pergaduhan dua kumpulan India, sebaliknya yang berada di dalam kawasan kuil ini semasa ia berlaku sebenarnya adalah kaum India dan penganut Hindu (yang berada di dalam kuil) disuruh keluar dari kawasan ini.

“Cara mereka (yang menyuruh keluar) bertutur bahasa Melayu tidak menunjukkan mereka berasal dari sini… they are not Malay (mereka bukan Melayu),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Anggota Parlimen Batu, P. Prabakaran berkata insiden itu melibatkan satu kumpulan yang dijadikan kambing hitam oleh pihak tertentu untuk mewujudkan kekecohan.

Beliau menegaskan kejadian itu bukan insiden perbalahan kaum dan masyarakat perlu bertenang serta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur perkauman.

“Saya difahamkan ia berpunca daripada salah faham berhubung isu pampasan dan pengosongan tapak kuil ini. Saya ingin menyatakan bahawa kejadian pagi ini adalah di luar isu perkauman dan mahu masyarakat berhenti daripada meniupkan api perkauman.

“This is not racial issue, this is temple issue (Ini bukan isu perkauman, ini isu kuil), saya mahu pihak polis menjalankan siasaten menyeluruh bagi mengetahui siapa yang membesarkan isu ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat kuil berkenaan di sini hari ini.

Setakat 12 tengah hari ini, polis menahan seramai tujuh lelaki bagi membantu siasatan kejadian, yang berlaku 2.30 pagi sehingga menyebabkan kecederaan terhadap beberapa individu selain 18 buah kenderaan dan dua buah motosikal dirosakkan dan dibakar. – BERNAMA

Tags: kekecohankuil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

‘Datuk Kong’ Dipindahkan, Netizen Puji Pemilik Akur Arahan PBT

‘Datuk Kong’ Dipindahkan, Netizen Puji Pemilik Akur Arahan PBT

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Sebuah video tular memaparkan patung 'Datuk Kong' dipindahkan dari satu lokasi menarik perhatian ramai netizen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd