• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecacatan Tidak Halang OKU Selam Bebas Di Lautan

oleh Cj Mnh
07/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Teruja menyaksikan rakan-rakannya seronok menikmati keindahan dan keunikan dasar laut menerusi aktiviti selam skuba, seorang atlet orang kurang upaya (OKU) Ahmad Nazri Hamzah mengetepikan kekurangan dirinya dan memberanikan diri mempelajari ilmu menyelam.

Tiada sedikit pun perasaan skeptikal yang wujud, tatkala memikirkan dirinya mengalami kudung kaki kiri akibat kanser tulang ketika usia belasan tahun, Ahmad Nazri, 28, mahu merasai sekali gus membuktikan bahawa OKU sepertinya juga mampu berenang bebas di dasar laut, bersama kawanan ikan dan haiwan marin seperti insan normal yang lain.

Ahmad Nazri, yang juga atlet bola keranjang berkerusi roda di Sukan Para Asia di Jakarta baru-baru ini, tidak pernah patah semangat akhirnya berjaya merealisasikan impiannya selepas bertemu dan berguru dengan Duta Dive Heart Malaysia, Syed Abd Rahman Syed Hassan.

Dive Heart Malaysia adalah satu pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) khusus bagi membantu dan membimbing golongan OKU mendapatkan lesen bagi melakukan aktiviti selam skuba.

“Ini bukan aktiviti lasak pertama yang pernah saya cuba sejak kehilangan kaki ketika zaman remaja…sebelum ini saya berjaya mendaki hingga ke puncak Gunung Kinabalu bagi mengutip derma untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA) pada tahun 2014.

“Selepas itu saya mula terfikir untuk mencuba aktiviti lain termasuk selam skuba walaupun jauh di sudut hati saya berkata-kata mampukah saya melakukannya.

“Sehingga saya berjumpa dengan ‘sifu’ saya, Tuan Syed (Abd Rahman), yang dengan rela dan tabah hati mengajar golongan OKU seperti kami. Alhamdulillah, akhirnya impian saya untuk berenang dengan bebas di dasar laut menjadi kenyataan,” katanya kepada Bernama.

Ahmad Nazri ditemui pada program prapentauliahan penyelam skuba OKU oleh Dive Heart Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Bidong baru-baru ini.

Seramai enam orang OKU termasuk Ahmad Nazri dan 30 penyelam skuba UMT serta sukarelawan terlibat dalam program tiga hari dua malam itu.

Mengulas cabaran utama sebelum berjaya menyelam ke dasar laut Pulau Bidong, anak kelahiran Johor itu berkata beliau dan lima rakan OKU yang menyertai program itu terlebih dahulu mempelajari teknik asas menyelam di kemudahan milik Syed Abd Rahman di Kajang, Selangor selama enam bulan.

Menerusi kelas itu, mereka yang mempunyai pelbagai kecacatan diajar menyelam dengan bantuan dua penyelam iringan dan seorang ‘divemaster’ bagi memastikan keselamatan di dalam air terjamin.

Menurut Ahmad Nazri, tempoh enam bulan itu agak lama berbanding orang normal yang kebiasaannya boleh mendapat lesen selam skuba tahap ‘Open Water’ hanya dalam masa empat hari.

“Namun kepayahan itu terbayar setelah berada di dalam air, saya boleh bergerak bebas, melihat alam bawah laut yang nak sangat saya saksikan sebelum ini…umpama mimpi jadi kenyataan, sudah tentu saya kini jatuh cinta dengan aktiviti ini,” katanya.

Ahmad Nazri yang sememangnya penggemar aktiviti lasak, kini merancang untuk mencuba sukan luncur udara suatu hari kelak bagi membuang rasa gentarnya pada ketinggian.

Seorang sukarelawan yang terlibat sebagai penyelam iringan kepada OKU yang terlibat dalam program itu, Mawaddah Alias, 32, berkata beliau teruja apabila terpilih menjadi seorang daripada penyelam iringan kepada golongan istimewa itu.

“Satu pengalaman yang sangat berharga pada saya, meskipun sebelum ini saya pernah membantu seorang OKU warga Indonesia ketika menyelam di Bali, Indonesia beberapa tahun lalu. Yang menarik pada kali ini saya membantu dalam seluruh proses, daripada membawa OKU ke dasar laut, mengiring mereka ketika menyelam dan membantu mereka naik ke darat semula.

“Ia melibatkan proses yang agak rumit, tetapi saya sangat menghargai setiap detik bersama mereka…diharapkan program-program seperti ini dapat menyuntik semangat lebih ramai golongan OKU mencuba aktiviti selam skuba.

“Saya juga berharap lebih ramai penyelam normal tampil menjadi sukarelawan membantu golongan ini merealisasikan impian mereka seperti insan normal yang lain pada program-program serupa pada masa akan datang,” katanya yang sangat meminati aktiviti sukarelawan sejak kanak-kanak lagi. – BERNAMA

Tags: menyelamOKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd