• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS Tumpu Bangun Infra Sukan Luar Bandar

oleh
27/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Mulai tahun depan Kementerian Belia dan Sukan akan memfokuskan kepada Program Pembangunan Infra Sukan Luar Bandar dalam usaha memastikan bidang itu dapat merangkumi semua lapisan masyarakat di negara ini.

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata selain bertujuan merakyatkan sukan, program itu juga diadakan dalam usaha kementerian untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam pelbagai bidang sukan berprestasi tinggi.

“Mulai tahun depan kita akan mengadakan ‘Rural Outreach Programme’ ini kerana kita nak pastikan setiap satu anak muda yang berpotensi, yang boleh diasah bakat kepimpinannya, dapat diangkat supaya suara anak muda tidak ditenggelami.

“Kita akan hantar wakil kita ke luar bandar untuk cari bakat-bakat muda ini, yang dikendalikan oleh Institut Sukan Negara (ISN), berjumpa dengan golongan muda di luar bandar termasuk Orang Asli untuk dimasukkan ke Majlis Sukan Negara (MSN) dan ISN bagi mewakili negara pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Cruyff Court Felda Lurah Bilut, program gelanggang futsal komuniti berasaskan rumput tiruan, di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Yayasan Hasanah (Hasanah) Shahira Ahmed Bazari dan Duta Natherlands ke Malaysia Karin Mossenlechner serta Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti Felda) Anuar Malek.

Selain itu katanya, KBS akan memastikan pembangunan infrastruktur sukan di kawasan luar bandar seperti Felda dan Sabah serta Sarawak terus dipertingkat, sesuai dengan hasrat kementerian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara sukan dan dasar sukan untuk semua.

“Pelan pembangunan sukan dan program akan disasarkan di kawasan itu kerana kawasan bandar sudah pun mempunyai kesemua kemudahan sukan,” katanya.

Cruyff Court di Lurah Bilut, yang kelima seumpamanya yang diwujudkan dalam negara, merupakan program gelanggang futsal komuniti berasaskan rumput tiruan yang disediakan secara percuma bagi memberi peluang kepada masyarakat khususnya golongan kanak-kanak dan remaja untuk bergerak aktif di samping memupuk semangat perpaduan menerusi aktiviti sihat.

Program itu diilhamkan oleh lagenda bola sepak Belanda, Johan Cruyff menerusi Yayasan Johan Cruyff dan program Cruyff Court telah dibawa masuk ke Malaysia oleh Khazanah Nasional menerusi Hasanah.

Hasanah dengan kerjasama Yayasan Johan Cruyff secara berperingkat dijangka akan mewujudkan sebanyak 20 Cruyff Court di Malaysia dengan yang keenam dijadual akan dibina di Kelantan tidak lama lagi. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd