• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKDM Rampas Rokok RM4.6 Juta Di Pelabuhan Utara

oleh
15/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk rokok putih bernilai RM4.6 juta di Pelabuhan Utara dekat sini Selasa lepas.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Seri Zulkifli Yahya berkata, rokok berkenaan dirampas setelah anggota JKDM bertindak menahan sebuah lori kontena yang baharu sahaja keluar dari Pelabuhan Utara pada kira-kira pukul 3 pagi.

“Pemeriksaan anggota kami mendapati terdapat kira-kira 6.4 juta batang rokok putih pelbagai jenama yang tidak dapat dibuktikan cukai kastam telah dibayar, disorok dalam kontena berkenaan.

“Siasatan kami turut mendapati sindiket berkenaan cuba mengaburi mata pihak kastam dengan mengisytiharkan rokok berkenaan sebagai Jute Yarn, bahan yang digunakan untuk membuat kusyen dan permaidani,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma JKDM Selangor di Pulau Indah di sini hari ini.

Tambah Zulkifli, pihaknya turut bertindak menahan pemandu lori warga tempatan berkenaan bagi siasatan lanjut.

Katanya, pemandu lori berusia 36 tahun itu sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan sama pada September lepas dan kini sedang menunggu perbicaraan.

Beliau berkata syarikat agen yang didapati sengaja memalsukan pengisytiharan barangan itu, lesen syarikat ini akan dibatalkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 jika sabit kesalahan boleh didenda minimum 10 kali ganda dan tidak lebih dari 20 kali ganda nilai barangan atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun. – BERNAMA

Tags: KastamRampas Rokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd