• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jho Low Setuju Serah Semua Aset Kepada DoJ

oleh Ahmad Albab
18/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan kontroversi, Jho Low dikatakan bersetuju menyerahkan semua aset miliknya kepada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan yang didedahkan portal Sarawak Report, tindakan Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho itu, bagaimanapun, tidak akan memberi sebarang kerugian kepadanya.

Sebaliknya, semua aset yang diserahkan kepada DoJ dipercayai mengalami penurunan harga antaranya hartanah di New York, AS, pesawat peribadi di Singapura dan kapal layar mewah, Equanimity.

“Disaat semua aset milik Jho Low mula bertukar menjadi liabiliti, beliau bertindak menyerahkannya kepada pihak berkuasa,” katanya.

Pendedahan itu dibuat selepas ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menggugurkan tuntutannya terhadap Hotel Park Lane di New York dan membenarkan hartanah itu dijual kepada syarikat pelabur Mubadala yang dimiliki oleh kerajaan Abu Dhabi.

Hotel mewah itu antara aset di AS yang dipercayai dibeli oleh Jho Low menggunakan wang 1MDB.

Pada 2013, Jho Low membeli hotel itu secara usaha sama dengan pemaju hartanah Witkoff Group pada harga AS$654 juta bagi mendapatkan 85 peratus pemilikan.

Syarikat pelabur Mubadala turut membayar sebanyak AS$135 juta kepada Jho Low pada akhir 2013, untuk mendapatkan kepentingan dalam hotel itu.

Bagaimanapun, menurut laporan Sarawak Report, harga hotel berkenaan mulai merudum dan memerlukan pengubahsuaian.

Dengan menyerahkan hotel berkenaan kepada pihak lain, Jho Low bukan saja dapat berjimat dengan tidak mengeluarkan wang untuk memperbaikinya, malah tidak perlu membayar lebihan pinjaman. – BH ONLINE

Tags: DOJJho Low
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

31/01/2026
0

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mendedahkan jutaan halaman baharu daripada fail dokumen pesalah seks, mendiang Jeffrey Epstein, bersama...

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd