• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Salah Lapor Saya Halang Masuk”

oleh Cj Mnh
21/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menafikan beliau melarang Anggota Parlimen Pembangkang daripada memasuki sekolah kerajaan.

Sebaliknya, beliau mengulangi kenyataannya di Dewan Rakyat dua hari lepas bahawa wakil rakyat bukan kerajaan perlu mengikut prosedur untuk berbuat demikian.

“Jangan ‘misquote’ (salah lapor) saya, yang saya katakan tak betul bila pakai perkataan ‘banned’ atau melarang, saya tak pernah cakap begitu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program ‘Life Saving Skills’ dan Modul Kesedaran Keselamatan dan Menyelamat di Air 2018 di sini hari ini.

Dalam kenyataannya di Dewan Rakyat Isnin lepas, Maszlee dilapor menegaskan bahawa Anggota Parlimen pembangkang yang ingin masuk sekolah kerajaan perlu mendapat kebenaran daripada kementerian melalui Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri.

Kenyataannya mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk anggota Pakatan Harapan sendiri antara lain Ketua Pemuda PH, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menggesa agar wakil rakyat pembangkang dihormati dan tidak dilarang memasuki institusi pendidikan.

Ditanya mengenai dakwaan aktivis sosial Hishamuddin Rais yang mendakwa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menghalangnya menyampaikan kuliah dalam satu program di kampus itu, Maszlee berkata ia tidak sepatutnya berlaku.

Maszlee berkata beliau telah mengeluarkan kenyataan bahawa setiap universiti awam dalam negara adalah ruang intelektual terbuka.

“Saya telah meminta UKM memberi penjelasan. Saya telah menyatakan dengan jelas bahawa pendirian kita ialah universiti sepatutnya menjadi ruang terbuka untuk intelektual.

“Dua minggu selepas jadi menteri, saya ada membuat kenyataan bahawa apa-apa kekangan di universiti haruslah diketepikan bagi membolehkan forum dan perdebatan diadakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee Maliksalah lapor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

Maszlee Ikrar Perbaiki Sistem Pendidikan Negara

27/12/2018
0

KUALA LUMPUR - "Berazam memperbaiki sistem pendidikan termasuk meringankan beban guru", itu ikrar Dr Maszlee Malik apabila dilantik sebagai Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd