• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Sensitiviti Perlu Dimurnikan Secara Berhemah

oleh Cj Mnh
28/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Isu sensitiviti mengenai agama dan perkauman yang berlaku di Malaysia perlu dimurnikan secara berhemah untuk menonjolkan rahmat agama Islam itu, kata Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Tun Zaki Azmi.

Zaki yang juga bekas Ketua Hakim Negara berkata dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia pada masa kini, umat Islam perlu mempunyai adab bertoleransi dengan masyarakat bukan Islam.

“Inilah cabaran kepada umat Islam pada hari ini khususnya di negara Malaysia yang tinggal dalam masyarakat majmuk. Kewarasan dengan ilmu penting dalam menyantuni masyarakat bukan Islam agar Islam dapat dijadikan contoh yang terbaik sebagai cara hidup.

“Masyarakat Islam yang mendominasi populasi rakyat di Malaysia perlu bijak untuk berdakwah kerana imej dan persepsi negatif yang dipaparkan oleh media massa mengenai Islam perlu disantuni dengan menonjolkan keindahan Islam terutama dalam aspek budaya kerja cemerlang seperti disiplin, amanah, menjaga masa, kebersihan dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kenyataan itu dipercayai dibuat sehubungan dengan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights dekat Subang Jaya, awal pagi Isnin lalu.

Beliau juga berkata ilmuan Islam dalam dalam pelbagai bidang perlu bekerjasama untuk membina kembali reputasi Islam yang positif mengikut bidang masing-masing seperti kegemilangan Islam pada zaman Andalusia yang merupakan sejarah yang perlu direnungi dengan rasa keinsafan.

“Tokoh hebat ilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al Khawarizmi, Al Farabi dan lain-lain lagi merupakan contoh betapa tamadun Islam telah membawa cahaya kepada kemajuan dunia.

“Inilah cabaran kepada Saintis dan Ilmuan Islam pada hari ini untuk bangkit semula membuktikan kepada dunia bahawa Islam itu merupakan lambang kemajuan,” katanya. – BERNAMA

Tags: berhemahsensitiviti agama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) memohon agar pendekatan penguatkuasaan dilaksanakan secara...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd