• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu Cederakan Adib Perlu Diheret Ke Mahkamah

oleh
30/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu individu yang menyebabkan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, parah dipukul ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selasa lalu, dihadapkan ke muka pengadilan.

Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak terbabit kerana mereka berani menyerang dan mencederakan kakitangan kerajaan.

Katanya, biarpun rusuhan itu adalah perkara sensitif, namun jangan sesekali melanggar ‘hukum’ dengan memukul anggota kerajaan hingga menyebabkannya parah.

“Soal orang yang melanggar hukum ini (melanggar undang-undang) mesti diambil tindakan tegas, supaya orang lain menghormati kita (kerajaan).

“Kalau dia (perusuh) sekadar membantah, itu boleh diterima, tetapi jika sampai tahap memukul kita tidak bertoleransi,” katanya berucap pada Majlis Kesyukuran sempena kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson di Dewan Kampung Bagan Pinang, di sini, malam ini.

Anwar berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari bagi mengetahui perkembangan kes dan dimaklumkan ia memerlukan dua atau tiga hari lagi untuk diselesaikan.

“Setahu saya kes ini (perpindahan kuil) sudah dirunding sejak pentadbiran Menteri Besar terdahulu (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), yang membabitkan pelbagai pihak dan pampasan.

“Saya menganggap mungkin maklumat perbincangan hanya pada peringkat jawatankuasa kuil dan tidak sampai kepada penduduk sebelum berlaku rusuhan,” katanya.

Anwar berkata, penganut Hindu adalah pihak yang sensitif dan sebarang perpindahan (kuil) atau simbol keagamaan mesti dilakukan mereka sendiri.

Sementara itu, mengulas ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), beliau berkata, ia tidak boleh ditolak pada peringkat antarabangsa.

“Jika kita menolak ICERD bulat-bulat tanpa mengkajinya terlebih dulu, ia tidak bagus seolah-olah menunjukkan Malaysia menyokong diskriminasi kaum dan agama.

“Bagi sentimen orang Melayu, jika kita meratifikasi ICERD kononnya mempertikaikan hak Melayu sedangkan Perlembagaan sudah disepakati semua kaum termasuk bahasa dan agama rasmi negara,” katanya. – BH Online

Tags: anggota bombaDatuk Seri Anwar Ibrahiminsiden kuil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAIP Bantu Padam Kereta Terbakar, Tindakan Pantas Elak Kejadian Lebih Buruk

PAIP Bantu Padam Kereta Terbakar, Tindakan Pantas Elak Kejadian Lebih Buruk

28/03/2026
0

MARAN – Detik cemas bertukar menjadi kisah keberanian apabila pasukan lori tangki Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) bertindak pantas membantu...

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kesan konflik di Asia Barat terhadap Malaysia masih terkawal. Bagaimanapun,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd