• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Pegawai Kontrak Dapat Faedah Perubatan

oleh Cj Mnh
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemudahan perubatan kepada 30,000 pegawai lantikan kontrak di dalam perkhidmatan awam dilanjutkan kepada ibu bapa mereka bagi memastikan golongan itu menikmati kemudahan sama seperti penjawat awam tetap, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata untuk tujuan tersebut, kerajaan memperuntukkan RM10 juta setahun sebagai​​​​​​ mengiktiraf peranan serta sumbangan mereka.

“Selain itu, kemudahan Cuti Kuarantin turut dipanjangkan kepada pegawai lantikan kontrak yang anaknya menghidap penyakit berjangkit bermula 12 Nov ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Semasa membentangkan belanjawan bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera”, Lim berkata kerajaan juga meluluskan kemudahan Cuti Tanpa Rekod selama tujuh hari kepada pegawai beragama Islam yang ingin menunaikan ibadah umrah sepanjang tempoh perkhidmatan.

Bagi 201,600 penjawat awam yang bukan beragama Islam pula, Lim berkata kemudahan cuti tanpa rekod dipanjangkan untuk tujuan keagamaan golongan tersebut.

Dalam pada itu, Lim berkata terdapat sembilan fokus yang dicadangkan kerajaan menerusi Belanjawan 2019 sebagai usaha meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpasaran tenaga kerja selain mengatasi isu pengangguran terutama dalam kalangan belia.

Justeru, katanya kerajaan akan melaksanakan dua program di bawah dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) iaitu Perantisan dan Program Peningkatan Kebolehpasaran Graduan (Generate) untuk dimanfaatkan 4,000 belia lepasan sekolah serta graduan melibatkan peruntukan RM20 juta.

Menurutnya, bagi menggalakkan peluang pekerjaan golongan berusia 60 tahun dan ke atas, caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi majikan akan dikurangkan daripada 6 peratus kepada 4 peratus bermula 1 Jan depan.

“Golongan tersebut (60 tahun dan ke atas) tidak perlu mencarum dan oleh yang demikian, pendapatan boleh guna mereka akan meningkat. Potongan cukai tambahan akan diberi kepada majikan ke aats perbelanjaan penggajian golongan itu dengan had saraan sebanyak RM4,000 sebulan,” katanya.

Berhubung kebajikan pesara kerajaan, Lim berkata kerajaan akan memberi bantuan RM500 secara ‘one-off’ atau sekali sahaja kepada mereka yang layak, manakala kenaikan gaji minimum RM1,100 akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Jan 2019.

Sementara itu, katanya potongan cukai tambahan akan diberi kepada syarikat yang menggaji bekas banduan dengan had jumlah saraan sebanyak RM4,000 sebulan.

Katanya, langkah tersebut yang diterima daripada portal Belanjawan 2019 itu diambil kira dalam memastikan bekas banduan tidak ketinggalan dalam arus perdana serta dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Lim juga berkata bagi memperkasakan pasaran buruh, undang-undang buruh akan dikaji semula selain menubuhkan Mahkamah Rayuan Perusahaan yang bertujuan mempercepatkan penyelesaian pertikaian antara majikan dan pekerja.

Katanya bagi mengurangkan jurang pendapatan, kerajaan akan melaksanakan peraturan kepada syarikat tersenarai agar mereka memaparkan maklumat di dalam laporan tahunan mengenai nisbah gaji tertinggi, gaji median serta nisbah bayaran gaji tertinggi dan terendah.

“Selain itu, syarikat juga hendaklah menyatakan rancangan penambahbaikan mengenai kaedah purata gaji pekerja,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemudahan perubatanlantikan kontrak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RM314.5 Bilion Peruntukan Untuk Belanjawan 2019

Next Post

Gempa Magnitud 5.4 Gegar Wilayah Wakayama, Jepun

Related Posts

2 NGO Gagal Cabar Penyahwartaan Bukit Cherakah

Lantikan Kontrak Perkhidmatan Awam Bersifat Sementara – JPA

24/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Pengambilan secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam adalah langkah interim (bersifat sementara) ke arah pelaksanaan kaedah baharu lantikan...

‘Cuma Mampu Berdoa Mereka Ke Neraka Atau Mereput Dalam Penjara’

‘Penjawat Awam Kini Hanya Dilantik Secara Kontrak’

23/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan bagi mengukuhkan lagi...

Next Post

Gempa Magnitud 5.4 Gegar Wilayah Wakayama, Jepun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd