• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Mati 33 Kesalahan Di Bawah 8 Akta Dimansuh

oleh Ahmad Albab
13/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata keputusan itu yang dicapai secara kolektif pada 10 Oktober lepas turut merangkumi Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971), Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Angkatan Tentera 1972.

Turut dinyatakan ialah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Susulan daripada keputusan itu, memorandum Jemaah Menteri telah diedarkan kepada semua kementerian berkaitan untuk mendapatkan ulasan dan pandangan orang awam mengenai keputusan kerajaan itu,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang mahu kerajaan menyatakan pendirian untuk memansuhkan hukuman mati sama ada akan memberikan pengecualian kepada jenayah kejam.

Sementara itu, pada sesi soal jawab lisan pula, Liew berkata Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dijangka akan dibentang pada sidang Parlimen akan datang setelah semua isu dan dasar dimuktamadkan.

Beliau berkata mesyuarat susulan yang diadakan berkenaan penubuhan IPCMC telah bersetuju terhadap usul-usul yang dibentangkan bagi memastikan PCMC ini benar-benar bebas, efektif dan mempunyai kuasa untuk menangani masalah dalam agensi penguat kuasa tersebut.

“Kerangka penubuhan IPCMC ini mengambil kira kuasa-kuasa yang lebih holistik dan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada dan juga sedang berkuat kuasa,” katanya menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya).

Liew berkata hak-hak polis juga terjamin seperti yang termaktub di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Pada September lepas, kerajaan mengumumkan untuk menubuhkan IPCMC bagi menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). – BERNAMA

Tags: hukuman matiLiew Vui Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina Dihukum Mati

Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina Dihukum Mati

17/11/2025
0

DHAKA: Mahkamah di Dhaka, hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas Perdana Menteri Bangladesh yang digulingkan, Sheikh Hasina, atas tuduhan...

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

04/11/2025
0

PUTRAJAYA: Seorang bekas peniaga ayam dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana membunuh seorang ibu tunggal yang menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd