• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ICERD: Hayati Pandangan Bekas Ketua Hakim Negara

oleh Cj Mnh
01/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Persatuan Melayu Negeri Perlis (PEMANIS) menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk tidak tunduk terhadap tekanan parti-parti politik supaya meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Yang Dipertuanya Datuk Mohd Zain Hamzah berkata kerajaan perlu menghayati pandangan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa langkah mengesahkan ICERD akan mengakibatkan kehilangan hak-hak istimewa orang Melayu serta anak-anak negeri Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata kerajaan harus berterus terang dalam isu itu dan tidak wajar membelakangkan Perlembagaan Negara selain peka dengan tuntutan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menolak ICERD.

“Kerajaan patut memahami kesan pengesahan ICERD terhadap hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera lain di negara ini dan bangsa lain tidak perlu gusar akan berlaku diskriminasi kaum kerana mereka telah lama menguasai ekonomi,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Zain berkata PEMANIS bimbang jika kerajaan meratifikasi ICERD, nasib bangsa Melayu di negara ini akan semakin teruk.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad harus peka mengendalikan isu ini dan jika perlu wajar menggunakan kuasanya untuk menolak ICERD,” katanya. – BERNAMA

Tags: ICERDPemanis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendapatan LGE Paling Tinggi Dalam Senarai SPRM

Next Post

Curi Motor: Penganggur Dipenjara 12 Bulan

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

Next Post

Curi Motor: Penganggur Dipenjara 12 Bulan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd