• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Malaya Perlu Waspada Jentera Myanmar

oleh
22/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI — Skuad Harimau Malaya perlu berwaspada dengan kekuatan pasukan Myanmar yang mempunyai kelebihan dalam aspek serangan pada aksi terakhir Kumpulan A, Kejohanan AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Justeru, ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Tan Cheng Hoe berkata bahagian serangan pasukan negara harus ‘ditajamkan’ lagi selain memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan tersebut.

“Kita tahu serangan balas dari Myanmar cukup bahaya dan berkesan terutamanya dari pemain nombor 10, 11 dan 16, ada juga pemain yang semangat juang tinggi, komited dan keinginan yang tinggi untuk bertahan dan serang.

“Kita kena pastikan kita tidak buat kesilapan yang mudah boleh akibatkan gol…. apa pun kita tidak akan ubah corak perlawanan pada kali ini sebab kita sudah berjaya dalam perlawanan sebelum ini kecuali menentang Vietnam,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan di sini, hari ini.

Cheng Hoe berkata keputusan seri 0-0 antara Myanmar dan Vietnam dalam aksi Kumpulan A di Yangon, semalam sedikit sebanyak memberi kelegaan kepadanya.

“Memang lega sedikit, tetapi macam mana pun kita tetap kena menang dan jika tidak kita tidak dapat masuk separuh akhiri… kita kena cari tiga mata untuk kita selesa layak ke separuh akhir,” katanya.

Beliau berkata pemain ketika ini dilihat cukup bermotivasi dan peluang bermain di laman sendiri perlu digunakan sebaik mungkin.

“Saya yakin momentum semangat pemain akan kekal dan terus bertambah apatah lagi kalau stadium dipenuhi penyokong.

“Saya harap pemain tidak tertekan kerana kita tahu bukan mudah untuk misi hidup mati ini tetapi saya yakin penuh dengan prestasi pemain,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata adalah tidak mustahil penjualan tiket mencecah 50,000 menjelang Sabtu ini memandangkan penjualannya setakat hari ini sudah mencecah 35,000.

“Walau kita kalah dengan Vietnam tetapi moral pasukan tinggi untuk kalahkan Myanmar, salah satu suntikan semangat yang kuat saya maklumkan pada mereka tentang hasil penjualan tiket.

“Saya yakin penyokong sama ada dari Ultras Malaya dan penyokong lain dapat bantu pemain memenangi perlawnaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Cheng Hoe
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

FAM Beri Bayangan Positif Status Kontrak Cheng Hoe

16/12/2018
0

SEPANG – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi bayangan positif mengenai kedudukan Tan Cheng...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd