• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Mesti Jawab FB Najib

oleh
14/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK hari Ahad, ada lima hantaran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun sosial Facebook beliau yang wajar diulang tayang kerana gagal dijawab oleh Lim Guan Eng.

Mungkin Setiausaha Agung DAP itu tidak berani jawab kerana konon alasan hutang RM1 trilion dan Jho Low bawa lari RM50 bilion tidak lagi laku. Nanti dia akan dicop sebagai Menteri Kewangan gila pula.

Pertama, projek MyHomeFund. Ternyata Guan Eng gagal memahami denyut nadi rakyat marhaen. Ini skim perumahan untuk menguntungkan pemaju. Bayangkan deposit rumah yang perlu dibayar ialah RM100,000.

Siapa yang mampu terutama untuk anak muda atau pembeli rumah kali pertama. Penjawat awam jangan mimpilah. Mungkin Guan Eng terbawa bawa perangai lama masa jadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama dua penggal.

Dia bina rumah mampu milik berharga RM400,000 sebuah. Itu namanya rumah mampu tengok sahaja. Kedua, apabila agensi penarafan kredit antarabangsa “Moodys” downgrades penilaian prospek syarikat minyak Petronas.

Bayangkanlah daripada stabil kepada negatif, sekali gus mengakibatkan nilai tukaran asing untuk Ringgit Malaysia juga jatuh. Hari ini mata wang tempatan itu jatuh lagi kepada RM4.20 berbanding satu dolar Amerika Syarikat.

Bahkan ia menambahkan lagi tekanan terhadap rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia yang dilaporkan terus menyusut setiap bulan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

Kenapa itu berlaku? Ramai yang tidak tahu bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah meratah duit Petronas digunakan membayar dividen iaitu RM26 bilion untuk tahun 2018 dan RM54 bilion bagi tahun 2019.

Ini jauh berbeza dengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang hanya menggunakan RM16 bilion pada tahun 2017. Itulah gara gara kesilapan menamatkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Jun lepas.

Ganti dengan kembali semula kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September lalu yang tidak pun turun harga barangan. Kini Kerajaan PH mahu jual aset Permodalan Nasional Berhad (PNB) pula untuk cari duit.

Ketiga ialah kenyataan YB Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) bahawa hanya satu peratus sahaja hartanah di seluruh Malaysia adalah milik warga asing.

Sebelum ini mereka menuduh BN mahu jual negara sehingga sanggup sabotaj projek Forest City di Johor. Hutang negara juga dikatakan menjual negara. Apakah Bon Samurai RM7.4 bilion bukan menambah hutang negara?

Keempat ialah survey yang dibuat oleh akhbar The Star sama ada rakyat berpuas hati dengan Bajet 2019. Amat mengejutkan 79% rakyat tidak puas hati. Patutlah harga saham terus junam hingga bawah 1,700 mata pada hari ini.

Bukan itu sahaja, beberapa pakar ekonomi juga mengkritik Belajawan 2019 yang lebih dikenali sebagai “Bajet Lim Guan Eng”. Justeru Guan Eng sudah tentu tidak dapat tidur lena atas dapatan survey dijalankan tersebut.

Dan yang terakhir, Najib ada komen ucapan Tony Pua ‘punahsihat’ ekonomi kepada Menteri 1 Trilion Dollar Man. Tony Pua pernah berucap berdegar-degar di Parlimen kononnya harga barangan di pasaran kini turun kerana SST.

DS Najib tanya, di Planet mana YB? 🤣😀😇.

Mohd Puad Zarkashi
13.11.2018

Tags: Puad Zarkashi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Saman Muhyiddin Terhadap Puad Zarkashi Selesai Secara Baik

Kes Saman Muhyiddin Terhadap Puad Zarkashi Selesai Secara Baik

29/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Kes saman difailkan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung kenyataan yang didakwa...

Puad: Hishammuddin Tak Serik, Penggerak Utama SD Sokong Muhyiddin

Puad: Hishammuddin Tak Serik, Penggerak Utama SD Sokong Muhyiddin

28/01/2023
0

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mendakwa Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein terpaksa digantung keahlian kerana memainkan peranan utama mengumpulkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd