• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petani Tidak Diabai Jika Monopoli Bernas Ditamat?

oleh Cj Mnh
29/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan beri jaminan konon golongan petani tempatan tidak akan diabai jika penamatan monopoli Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dilakukan.

Timbalan ​​​​​​​​​​​​​Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin mendakwa, pemain industri padi dan beras yang baharu diharap dapat terus mengutamakan​​​​​​​ bekalan beras daripada petani tempatan berbanding dari luar.

“Kami akan beri tanggungjawab tersebut kepada syarikat baharu yang ingin sertai kerana ​​​​​​​jika​​​​​​​mereka hendak dapatkan keuntungan daripada import beras, mereka juga perlu laksanakan tanggungjawab sosial.

“Kita nak syarikat itu memperoleh keuntungan yang adil jadi mereka perlu tunai tanggungjawab ​​​​​​​mereka, barulah industri itu sihat,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang ingin tahu sekiranya pemecahan monopoli beras akan beri kesan kepada golongan pesawah yang selama ini beri bekalan beras kepada Bernas.

Pada 17 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan sedang kaji untuk buka monopoli Bernas​​​​​​​ sebanyak 30 peratus pada tahun depan kepada pemain industri padi dan beras yang lain sebelum konsesi syarikat itu tamat sepenuhnya pada 2021.

Kajian lanjut mengenai model baharu bagi menggantikan monopoli Bernas sedang dalam​​​​​​​ perbincangan yang mengambil kira semua aspek merangkumi sekuriti makanan negara dan kebajikan pemain industri termasuk petani, pengilang serta rakyat sebagai pengguna akhir. – BERNAMA

Tags: Monopoli BernasPetani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

28/04/2023
0

BANGKOK : Parti pemerintah Thailand, Palang Pracharath (PPRP) yang pengaruh politiknya semakin berkurangan mengumumkan ikrar kempen baharu yang mengejutkan iaitu...

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

28/01/2023
0

LOS ANGELES: Lelaki yang dituduh membunuh tujuh rakan sekerja ladang di California memberitahu wartawan Amerika Syarikat bahawa dia sememangnya bersalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd