• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GLC Perlu Tingkatkan Prestasi – Lim

oleh Ahmad Albab
12/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) harus mengamalkan tadbir urus korporat dan perlu meningkatkan prestasi mereka, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Ini sebabnya kerajaan mengeluarkan arahan.

“Kita mempunyai tadbir urus korporat yang baik, bukan sahaja tadbir urus awam untuk kerajaan, tetapi tadbir urus korporat yang mesti kita amalkan,” kata Lim.

Katanya, ini jelas dapat dilihat apabila kerajaan menghentikan pelantikan ahli politik dalam lembaga pengarah GLC.

“Kesemua lembaga pengarah bukan daripada kalangan parti politik

“Mereka adalah daripada sektor swasta dan ini adalah langkah penting untuk mengarahkan tumpuan daripada politik kembali kepada perniagaan dan prestasi,” tambah Lim dalam temu bual pada program radio BFM 89.9 Breakfast Grille, hari ini.

Beliau menjawab soalan yang ditumbulkan berhubung agenda transformasi GLC memandangkan banyak yang dilihat mempunyai prestasi yang lemah, dengan penarikan balik saham dan banyak yang menunggu arahan.

Lim menolak kata-kata di pasaran bahawa Tun Daim Zainuddin campur tangan dalam ekosistem GLC, dengan mengatakan ia semata-mata khabar angin.

“Kita tidak boleh menghentikan khabar angin, sama seperti khabar angin berkenaan cukai warisan, cukai keuntungan modal, sebelum Belanjawan 2019. Namun di penghujung hari, khabar angin ini akan menunjukkan ia semata-mata khabar angin,” katanya.

Lim juga ditanya berkenaan Daim, bekas Menteri Kewangan yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan serta peranannya sebagai penasihat kerajaan.

“Beliau (Daim) dilantik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi Perdana Menteri sudah berulang kali menekankan bahawa di penghujung hari, beliau menerima nasihat daripada pelbagai sumber dan sudah tentu, bagi beliau, Daim adalah antara sumber utamanya.

“Bagaimanapun, keputusan dibuat oleh Kabinet dan beliau (Perdana Menteri). Nasihat diberikan, tetapi tidak semestinya diterima,” jelasnya.

Lim berkata, rakyat Malaysia harus menghormati peranan serta sumbangan yang dibuat oleh mereka ini (penasihat) untuk memberikan nasihat yang betul tanpa upah (pro-bono), termasuk Daim. – BERNAMA

Tags: GLCLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd