WASHINGTON – Satu gempa bumi berukuran 5.6 melanda perairan Caribbean di Amerika Tengah semalam.
Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa itu pada awalnya dicatatkan sebagai berukuran 5.9 dan berlaku pada kedalaman 10 kilometer manakala pusat gempa terletak 96 kilometer di San Andreas y Provincia, Colombia.
Tiada maklumat diterima setakat ini berhubung sebarang kemusnahan atau kerosakan. – Reuters/BH ONLINE

