• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAP Dapat RM5 Juta Hadapi Musim Baharu Liga Premier

oleh
14/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang akan memperuntukkan RM5 juta kepada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) bagi menghadapi Liga Premier musim 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee berkata penstrukturan semula FAP telah dilaksanakan pada September lalu dan kini presiden baharu FAP telah dilantik untuk meningkatkan prestasi pasukan di samping menyelesaikan masalah tunggakan hutang yang melampau.

“Dengan peruntukan itu, FAP telah menetapkan sasaran untuk membawa pasukan bola sepak Pulau Pinang berada di lima tempat teratas Liga Premier dan kemudian melayakkan ke Piala Malaysia,” katanya ketika sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Namun M. Satees (PH-Bagan Dalam), ketika mencelah, telah mempersoalkan adakah FAP dengan pentadbiran baharu ini akan mengenakan syarat menggunakan khidmat sepenuh anak jati negeri dalam pasukan tersebut.

Dalam pentadbiran yang lepas, banyak peruntukkan telah digunakan untuk mendapatkan khidmat pemain dan jurulatih luar tetapi masih gagal menghasilkan keputusan yang memberangsangkan,” katanya.

Soon berkata kerajaan negeri setakat ini tidak menetapkan sebarang syarat kepada FAP.

Katanya, kuasa untuk menentukan pemain tempatan atau pemain asing dengan gaji yang berpatutan diberikan sepenuhnya kepada presiden.

“Selepas pentadbiran baharu diilantik, kerajaan negeri akan memberikan kebebasan sepenuh kepada FAP untuk menguruskan pasukan bola sepak negeri dan selepas peruntukkan 2019 ini, kerajaan negeri tidak akan lagi tanggung masalah tunggakan gaji pemain negeri.” katanya.

Beliau berharap selepas ini, FAP akan lebih berupaya untuk berdikari dan mendapatkan tajaan atau sumber kewangan sendiri.

Soon berkata pembangunan bola sepak negeri akan dilaksanakan dengan pengambilan jurulatih tempatan untuk setiap daerah serta menwujudkan akademi serta liga daerah.

“Diharapkan dengan projek pembangunan ini, ia mampu mencungkil bakat-bakat bahru dalam kalangan anak-anak negeri dan meningkatkan prestasi pasuka bola sepak negeri,” katanya.

Persidangan DUN Pulau Pinang akan bersambung esok. – BERNAMA

Tags: FAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAP Intai Pemain Timur Tengah, Afrika

19/05/2017
0

GEORGE TOWN - Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) semakin pasti mendapatkan dua pemain import, masing-masing dari Timur Tengah dan...

FAP Tamatkan Khidmat Diogo Dan Andrew

09/05/2017
0

GEORGE TOWN - Dua pemain import Pulau Pinang, Diogo Ferreira dan Andrew Russell disingkirkan kerana gagal menampilkan aksi yang diharapkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd