• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Durakovic Kekal Bersama Perak Untuk Semusim Lagi

oleh
06/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic mengesahkan beliau akan terus membimbing skuad ‘Bos Gaurus’ untuk Liga Malaysia 2019.

Jurulatih berasal dari Australia berumur 53 tahun itu menyatakan bahawa Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menyatakan hasrat untuk mengambil bekas jurulatih itu bagi membimbing pasukan liga super Selangor untuk musim akan datang.

“Saya ingin berterima kasih kepada Raja Muda Selangor dan saya berbual mesra bersama beliau selepas perlawanan akhir Piala Malaysia dan memang ya saya bersetuju untuk sertai Selangor, tetapi selepas menjelaskan semua situasi dengan keluarga saya, beliau memberi restu untuk saya terus bersama Perak dan saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau,” Durakovic memberitahu pemberita selepas majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 di sini malam tadi.

Pada majlis itu, Durakovic dinamakan sebagai Jurulatih Terbaik.

“Saya telah bersama pasukan bola Selangor selama 25 tahun dan mereka seperti keluarga saya dan Insya-Allah, saya akan kembali kepada Selangor,” .

Nama Durakovic tidak asing kepada Selangor, apabila membawa tiga kali kemenangan Piala Malaysia sebagai pemain iaitu pada 1995,1996 dan 1997 dan sebagai jurulatih pada 2015.

Durakovic menyatakan bahawa Perak telah bersiapsiaga untuk menghadapi tugas berat pada pusingan kelayakan Liga Kejuaraan Asia 2019, tetapi yakin para pemain dapat memberikan yang terbaik pada kejohanan itu.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk memberi slot kelayakan ACL 2019 kepada Perak selepas Pahang gagal mengemukakan rayuan selepas dikenakan larangan selama dua tahun kerana membantah arahan FAM untuk mengambil bahagian dalam Piala AFC sebelum itu.

“Ia bukan tugas yang mudah bila memerlukan sebuah skuad yang besar dan berpengalaman luas, tetapi harap-harap kita boleh mendapat kewangan yang baik untuk mendapatkan pemain yang terbaik,” kata Durakovic. – BERNAMA

Tags: Mehmet Durakovic
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Palestin Kecam Brazil Pindah Kedutaan Ke Baitulmaqdis

Next Post

PTPTN Nak Ke Terima RM20 Sebulan?

Related Posts

Terkejut Perak Kenduri Gol – Mehmet

08/10/2018
0

IPOH - Pengendali Perak, Mehmet Durakovic mengakui terkejut dan tidak menjangkakan pasukannya mampu berpesta gol dalam pertemuan menentang Sabah bagi...

Mehmet Sedia Berdepan Cabaran PKNS FC

18/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih ​​​​​​​Perak, Mehmet Durakovic ternyata berpuas hati dengan pencapaian pasukannya dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia...

Next Post

PTPTN Nak Ke Terima RM20 Sebulan?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd