• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Surau Di Jasin Dicampak Daging Babi

oleh
27/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Dua surau di Serkam, di sini, dicampak ketulan daging dipercayai daging babi beserta nota oleh individu tidak bertanggungjawab awal pagi tadi.

Kejadian pertama dikesan berlaku di Surau Kampung Bukit Serkam oleh penduduk yang mahu menunaikan solat subuh, pagi tadi.

Seorang penduduk, Adam Abdullah, 65, berkata dia ke surau terbabit kira-kira jam 5 pagi sebelum melihat ada selonggok daging berserta dua kad manila di hadapan pagar bahagian dalam pekarangan surau.

“Sebelum saya melaungkan azan, saya ambil kerusi dan kepung bahagian daging itu kerana bimbang jemaah lain terpijak.

“Selepas solat subuh, seorang jemaah menghubungi polis untuk membuat laporan,” katanya ketika ditemui di surau terbabit, pagi tadi.

Katanya, polis peronda tiba sebelum jam 7 pagi, manakala Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba kira-kira dua jam kemudian bagi menjalankan siasatan sebelum dilihat mengangkat tiga ketul daging dipercayai daging babi.

Dalam pada itu, Ketua Polis negeri, Datuk Wira Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata pihaknya melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin menerima laporan kejadian terbabit dan segera menghantar pasukan jam 6.15 pagi.

Beliau berkata, daging terbabit dipercayai ketulan daging babi dicampak ke dalam kawasan surau dan akan menghantarnya ke Jabatan Kimia.

“Terdapat juga dua kad manila yang digulung dengan perkataan yang kita tak boleh dedahkan,” katanya selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang, di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan, perkara itu tidak wajar berlaku dan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

“Saya tak nak komen lanjut tapi pelaku ini macam orang gila. Kita belum dapatkan keterangan lanjut,” katanya.

Beliau juga sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk mengawal surau, masjid dan kuil atau rumah ibadat bagi menjaga keselamatan.

Katanya, beliau bimbang isu ini diambil kesempatan individu tidak bertanggungjawab dan masyarakat tidak boleh beremosi dalam isu berkenaan.

Dalam pada itu, satu lagi kes sama dikesan di Surau An Nur, Ladang Serkam, di sini, menggunakan modus operandi yang sama iaitu ketulan dipercayai daging babi diletakkan di hadapan pagar dalam pekarangan surau terbabit bersama dua keping nota.

Difahamkan, kejadian hanya disedari kira-kira jam 8 pagi oleh pekerja pembersihan. – BH Online

Tags: babisurau
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anggota Bomba Diserang Dalam Keadaan Kritikal

Next Post

Kerajaan Pertimbang Kenaikan Tambang Bas Ekspres

Related Posts

Saintis Cipta Buah Pinggang Manusia Daripada Babi

Saintis Cipta Buah Pinggang Manusia Daripada Babi

08/09/2023
0

WASHINGTON - Saintis China telah berjaya mengembangkan buah pinggang mengandungi sel manusia dalam embrio babi, yang pertama di dunia yang...

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

12/07/2023
0

PUTRAJAYA: Sebuah ladang babi dekat Seberang Perai, didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020 selepas dikesan menternak haiwan...

Next Post

Kerajaan Pertimbang Kenaikan Tambang Bas Ekspres

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd