• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Streram Sudah Mula Buat Persiapan Hadapi PRK Rantau

oleh
19/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S. Streram sudah mula membuat persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum mengumumkan notis kekosongan kerusi itu.

Bekas calon PKR bagi kerusi DUN Rantau itu, berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi membincangkan pembukaan 17 bilik gerakan di sekitar Rantau serta aturcara kempen PRK.

“Walaupun parti belum mengumumkan calon yang akan bertanding kelak, saya yakin saya akan dicalonkan kerana saya yang berhempas pulas membawa kes ini ke mahkamah.

“Jika saya tidak membuat proses mahkamah (petisyen pilihan raya), kita tidak akan dapat kerusi itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pakar bius di Pusat Perubatan Nilai itu berkata beliau juga yakin ahli PKR akan menghormati kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Kongres Nasional PKR Ke-13 semalam, yang menyatakan beliau adalah calon terbaik untuk PRK ini kerana telah dinafikan hak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU), Mei lalu.

Saya juga telah berkhidmat kepada penduduk di Rantau sejak tiga tahun lepas dan masyarakat di sana, tidak mengira kaum telah menyatakan sokongan secara terbuka untuk saya.

“Saya yakin kita akan menang di PRK ini,” katanya.

Pada 28 April lepas, Dr Streram tidak dibenarkan bertanding dalam PRU-14 ekoran ketiadaan pas yang dikeluarkan SPR untuk memasuki pusat penamaan calon dan lantaran itu, calon Barisan Nasional”(BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, diumumkan menang tanpa bertanding kerusi tersebut.

Pada 23 Mei lepas, Dr Streram memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon PRK DUN itu diadakan semula, kerana mendakwa penyandangnya, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad tidak dipilih secara sah dan terbatal.

Jumaat lepas, Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini memutuskan PRK DUN Rantau perlu diadakan serta merta berikutan kemenangan Mohamad di kerusi itu adalah tidak sah dan terbatal. – BERNAMA

Tags: Dr S.StreramPRK Rantau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Penyokong Parti Politik Tak Mengaku Salah Periksa Kereta Polis

18/07/2019
0

SEREMBAN - Lima individu dipercayai penyokong parti politik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini, atas pertuduhan menghalang...

Periksa Kereta Polis: 5 Lelaki Didakwa Khamis Ini

17/07/2019
0

SEREMBAN - Lima penyokong sebuah parti politik yang memeriksa sebuah kereta peronda polis (MPV) semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd