• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Ucap Selamat Jalan Kepada Imran Khan

oleh
22/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), malam ini.

Mahathir dan Imran Khan berjabat tangan sebelum pemimpin Pakistan itu menaiki pesawat khas di Kompleks Bunga Raya KLIA untuk kembali ke Pakistan setelah selesai melakukan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam.

Pesawat berkenaan berlepas pada kira-kira 9 malam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, yang juga menteri pengiring.

Imran Khan melakukan lawatan sulung beliau ke Malaysia selepas menyandang jawatan perdana menteri pada Ogos atas jemputan Mahathir.

Semasa lawatan itu, Mahathir dan Imran Khan mengadakan perbincangan panjang lebar yang berlangsung dalam suasana mesra di sini.

Perbincangan mereka meliputi pelbagai isu dua hala, serantau, antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.

Imran Khan menyampaikan jemputan kepada Mahathir untuk melawat Pakistan pada Mac tahun depan bersempena sambutan Hari Pakistan. – BERNAMA

Tags: Imran KhanMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Cikgu Murdani Yang Jatuh Ke Sungai Pahang Ditemukan Lemas

Penyokong Imran Khan Serbu Ibu Negara Pakistan, Tuntut Pembebasannya

26/11/2024
0

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya enam anggota pasukan keselamatan terbunuh ketika mereka cuba menghalang ribuan penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjarakan,...

Pengantin Baharu Didenda RM4,000 Simpan Gambar Porno Kanak-kanak

Bocorkan Rahsia Negara, Imran Khan Dihukum Penjara 10 Tahun

30/01/2024
0

ISLAMABAD - Mahkamah Pakistan pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas bekas Perdana Menteri, Imran Khan dan diplomat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd