• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DOJ Perlu Selesaikan Dokumen Ekstradisi Roger Ng

oleh Ahmad Albab
14/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) perlu menyelesaikan segala urusan berkaitan proses ekstradisi bekas ahli perbankan Goldman Sachs, Roger Ng dalam tempoh 60 hari perintah reman yang dikenakan terhadapnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata perintah reman 60 hari ke atas Ng atau nama sebenarnya Ng Chong Hwa itu berkuat kuasa 2 November lalu selepas ditahan pada 1 November, susulan waran tangkap yang dipohon kerajaan Amerika Syarikat (AS).

“… tempoh berkenaan (60 hari) diberi mahkamah untuk US (Amerika Syarikat) justify (untuk mewajarkan) proses ekstradisi itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Sri Hartamas, di sini hari ini

Media sebelum ini melaporkan pihak berkuasa AS memohon waran tangkap ke atas Ng selepas lelaki itu didakwa tanpa kehadiran di mahkamah negara berkenaan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain Ng, DOJ juga sedang memburu ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho atau Jho Low berkaitan kes sama.

Pertuduhan berkenaan menyebut Jho Low dan Ng bersubahat mengubah berbilion dolar wang yang diseleweng daripada 1MDB dan berkonspirasi untuk melanggar Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing (FCPA) dengan membayar rasuah kepada pihak berkuasa Malaysia dan Abu Dhabi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai serangan penggodam ke atas sistem komputer milik Media Prima Berhad, beliau berkata polis sedang menyiasat perkara berkenaan.

Semalam media melaporkan, dalam serangan itu penggodam yang menggunakan perisian virus ransomware menuntut bayaran sebanyak 1,000 bitcoins bersamaan RM26.4 juta sebagai wang tebusan.

Mengulas mengenai perasmian balai polis berkenaan, Amar Singh berkata beliau terharu diberi peluang menyempurnakan upacara berkenaan.

“Saya dilahirkan dan dibesarkan dalam persekitaran balai polis… saya juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur tentunya saya amat terharu untuk kembali dan merasmikan balai polis,” katanya. – BERNAMA

Tags: DOJRoger Ng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

DOJ Dedah Jutaan Dokumen, Imej Dan Video Fail Epstein

31/01/2026
0

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mendedahkan jutaan halaman baharu daripada fail dokumen pesalah seks, mendiang Jeffrey Epstein, bersama...

Malaysia Masih Buru Jho Low, Tak Ada Kaitan Dengan Perjanjian DOJ

Malaysia Masih Buru Jho Low, Tak Ada Kaitan Dengan Perjanjian DOJ

04/07/2024
0

BANGI : Perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan Low Taek Jho atau Jho Low, adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd