• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diskaun Utiliti Usaha KPWKM Galak Taska Berdaftar

oleh Ahmad Albab
18/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang berusaha mempertingkatkan bilangan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) berdaftar dengan memberi diskaun utiliti kepada taska yang berdaftar.

Tanpa memberikan butiran, Timbalan Menterinya Hannah Yeoh berkata kini hanya terdapat 10 peratus sahaja taska yang berdaftar di bawah kementerian manakala 90 peratus lagi taska tidak berdaftar.

“Kementerian akan mula berbincang dengan syarikat-syarikat utiliti untuk mendapatkan diskaun ataupun menurunkan kos elektrik… Kalau mereka (taska) berdaftar dengan kita mungkin pihak utiliti akan membantu mengurangkan kos.

“Kalau kita bagi utiliti seperti ini, ia akan menggalakkan taska berdaftar, katanya pada Majlis Graduasi Tabika Kemas Parlimen Segambut bagi Sesi 2018 di Dewan Tan Sri Abu Zahar Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini hari ini.

Anggota Parlimen Segambut itu juga berkata selalunya taska tidak dapat berdaftar kerana mereka tidak dapat memenuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Garis panduan ini merangkumi kelulusan daripada Kementerian Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan (Jabatan) Bomba (dan Penyelamat)… selalunya mereka tersekat pada (peringkat) PBT di mana mereka tidak mendapat kebenaran jiran rumah sebelah.

“Apabila mereka tidak dapat peringkat kelulusan PBT dan mereka (taska) tidak dapat tutup taska mereka kerana ibu bapa perlu penjagaan kanak-kanak dan ibu bapa juga tidak melaporkan pihak berkuasa kerana mereka perlu menghantar anak ke taska…bila supply dengan demand ada dan kedua-dua pihak senyap… masalah terbesar kita kekurangan sistem ini.

“Jadi apa yang kita usahakan sekarang adalah untuk membantu mendorong pendaftaran melalui kita. Kementerian nak bagi utiliti atau benefit kepada yang berdaftar,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah berkata kementerian dalam usaha untuk memperketatkan saringan pengasuh dan orang yang menjaga kanak-kanak.

Beliau berkata kementerian sedang berbincang dengan pihak mahkamah, polis dan penjara untuk mewujudkan satu ‘checking-system’ di mana kita (kementerian) boleh semak di mana pengasuh ataupun cikgu ataupun pemandu van yang menghantar kanak-kanak balik ke rumah sama ada semua orang yang terlibat mempunyai rekod jenayah.

“So sekarang kita sedang bina sistem ini. Kita berharap tahun hadapan ia akan habis dan dilaksanakan di seluruh negara. Pendirian kerajaan baru, kita akan memperketatkan perlindungan kanak-kanak sebagai agenda utama. Kalau ada kes yang melibatkan keselamatan kanak-kanak kerajaan baharu akan mengambil tindakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hannah Yeohtaska
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hannah Dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Baharu

Hannah Dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Baharu

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu, kata...

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

30/09/2025
0

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd