• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Tutup Pusat Hiburan ‘Kebal’

oleh Ahmad Albab
24/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas kira-kira 10 tahun dikatakan ‘kebal’ daripada sebarang tindakan undang-undang, tiga pusat hiburan di sekitar ibu kota disita kerana beroperasi tanpa lesen sepanjang tempoh berkenaan.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Azman Mahmood, berkata pihaknya membuat serbuan di enam pusat hiburan di Taman Shamelin Perkasa dan Jalan Ampang, di sini, semalam.

“Hasil maklumat diterima, kami membuat pemeriksaan terhadap enam premis di sekitar dua lokasi berkenaan. Berdasarkan pemeriksaan dilakukan, terdapat tiga premis didapati beroperasi tanpa lesen sejak kira-kira 10 tahun lalu.

“Malah, premis itu juga didapati melanggar peraturan lain termasuk beroperasi lebih masa. Berdasarkan aduan diterima, ada di antara premis berkenaan yang beroperasi bermula jam 10 malam hingga 10 pagi.

“Kami mengambil tindakan menyita dan menutup tiga pusat hiburan berkenaan, manakala tiga lagi premis dikenakan notis atas kesalahan lain dilakukan seperti tidak mempamerkan lesen,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Azman berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa pusat hiburan di sekitar ibu kota ini yang dianggap ‘kebal’ daripada segala tindakan undang-undang sebelum ini.

“Kami mengenal pasti beberapa pusat hiburan yang sebelum ini belum pernah diambil tindakan. Justeru itu, kami akan melakukan pemeriksaan terhadap premis berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya daripada mereka terus ‘kebal’ dari tindakan undang-undang.

“DBKL tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang. Malah, pemeriksaan dan operasi akan dilakukan secara konsisten dalam usaha membanteras pusat hiburan yang ‘kebal’,” katanya. – BH ONLINE

Tags: DBKLpusat hiburan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd