• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Da’i Izzhar Jelaskan Isu Rambut Awal Ashaari

oleh Ahmad Albab
13/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGACARA Awal Ashaari menjelaskan solatnya sah memandangkan perubahan warna rambutnya menjadi putih itu tidak ada menggunakan sebarang produk pewarna.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 37, berkata dia mengambil masa dua hari dan tujuh kali untuk melunturkan warna asal rambutnya.

“Ia mengambil masa selama dua hari dan tujuh kali membuat pelunturan untuk mendapatkan rupa ini.

“Tidak ada setitik pewarna rambut yang terlibat dalam proses itu. Oleh itu, ia bersifat boleh solat,” tulisnya menerusi laman Instagram.

Awal menjelaskan dia tidak menggunakan sebarang pewarna rambut untuk mendapatkan perubahan rambutnya.

Penampilan baharu Awal itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang berpendapat tindakan tersebut haram dan menyebakan solatnya tidak akan sah.

Dalam pada itu, mStar Online mendapatkan pandangan daripada penceramah bebas, Da’i Izzhar atau Ahmad Izzhar Ahmad Nazri berhubung dengan perkara tersebut.

Menurut Izzhar, mengubah warna rambut dalam Islam merangkumi tiga syarat iaitu bahan yang digunakan tidak menghalang air untuk meresap di dalam rambut.

Netizen mempersoalkan tindakan Awal mengubah warna asal rambutnya.

Manakala syarat kedua, warna rambut yang diubah itu tidak boleh menyerupai kaum yang beragama lain dan ketiga, tidak boleh mengubah menjadi warna yang pelik.

“Mewarnakan rambut ada tiga syarat iaitu bahan-bahan yang digunakan halal dan tidak menghalang air serap dalam rambut.

“Warna itu juga tidak boleh menyerupai kaum dari agama lain dan pemilihan warna tidak pelik seperti putih, ungu atau merah,” katanya.

Tambah Izzhar, memang benar solat yang dilakukan Awal menjadi sah namun perbuatan mengubah warna rambut adalah haram.

Ustaz Izzhar menjelaskan tiga syarat mewarnakan rambut.

Bagaimanapun, seseorang itu dibenarkan mengubah ciptaan Allah sekiranya ia boleh memudaratkan kehidupan atau kesihatanya.

“Tiada masalah untuk Awal menunaikan solat kerana ia sah memandangkan dia tidak menggunakan pewarna rambut. Solat masih sah tapi perbuatan itu tetap haram.

“Melainkan kalau dia tak ubah warna rambut boleh mendatangkan kemudaratan dalam kehidupan atau kesihatannya, barulah dibenarkan,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Awal AshaariDa'i Izzhar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Awal Ashaari Mengaku Tidak Salah Rosakkan Palang Pagar

17/05/2022
0

PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Awal, Scha Menang Kes Tuntutan Saman

27/03/2019
0

“KAMI buat perkara ini bukan nak untung, tetapi menuntut hak yang sudah kami laburkan,” kata pelakon dan pengacara, Awal Ashaari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd