• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chatbox Ustaz Amil Antara Ciri Baharu Zakat2U

oleh
02/11/2018
dalam Advertorial, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNIK… Buat julung kalinya dalam sejarah, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mula memperkenalkan Chatbox menerusi portal rasmi kendaliannya.

Ruangan sembang secara FB Messenger itu menampilkan ‘robot maya’ Ustaz Amil yang bertugas 24 jam setiap hari untuk bantu masyarakat dalam isu kemusykilan berkaitan zakat termasuk kiraan, pembayaran dan semakan.

“Ciri interaktif ini juga boleh dianggap sebagai pertama seumpamanya diwujudkan pihak institusi zakat di negara kita bagi mudah umat Islam tanya apa-apa persoalan zakat,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ustaz Haji Ahmad Shukri Yusoff.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ustaz Haji Ahmad Shukri Yusoff (kanan) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas melancarkan laman Zakat2u versi 4.0 di Wisma PPZ di ibu negara, hari ini yang memiliki banyak penambahbaikan setelah versi pertama portal itu diperkenalkan pada 2011.

Mengulas dengan lebih lanjut, Ahmad Syukri menambah, versi keempat kali ini turut ada lima lagi kelebihan terkini yang tiada dalam tiga versi sebelumnya sekali gus menjadikan portal Zakat2u lebih mesra pengguna bagi berurusan.

Ini termasuk Auto Kalkulator iaitu kemudahan pengiraan secara automatik, Troli Zakat iaitu pembayaran lebih satu jenis zakat dalam satu masa dan resit rasmi atas talian yang dikeluarkan setelah pembayaran berjaya dilaksanakan.

Tidak ketinggalan ialah ada bacaan doa dengan paparan wajah seorang ustaz yang lazimnya hanya dapat disaksikan di kaunter untuk pembayar zakat atau muzakki dan kelebihan terbaharu, video tutorial panduan pengiraan zakat.

“Kemudahan ini dapat beri ruang kepada pembayar zakat yang baharu atau lama untuk berurusan dengan mudah seiring perubahan teknologi masa kini kerana ada sibuk tidak sempat datang ke kaunter,” kata Ahmad Shukri.

PPZ-MAIWP ujar beliau, juga ada aplikasi untuk dimuat naik pengguna gajet pintar atau telefon bimbit, namun pihaknya sedang dalam proses tambah baik agar masyarakat boleh berurusan pada bila-bila masa di mana sahaja.

Melalui kemudahan itu, Ahmad Shukri yakin ada penambahan 25 peratus jumlah pembayar zakat tahun ini dengan sasaran pungutan mampu cecah RM25 juta berbanding hanya RM15 juta yang dicatatkan sepanjang tahun lepas.

Angka berkenaan terang beliau, tidak mustahil kerana pada kelaziman, masyarakat Islam akan sibuk tunai pelbagai jenis zakat menjelang akhir tahun untuk tuntutan pengecualian cukai pendapatan masing-masing. – Mynewshub.TV

Tags: PPZPPZ-MAIWP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama PERKESO, PPZ-MAIWP Bantu Kebajikan Rakyat

Kerjasama PERKESO, PPZ-MAIWP Bantu Kebajikan Rakyat

20/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan...

Penerima i-Lestari, i-Sinar Perlu Bayar Zakat Berdasarkan Kategori

03/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Penerima i-Lestari dan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang beragama Islam perlu menunaikan tanggungjawab untuk membayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd