• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Perkenal Modul Baharu Di Sekolah

oleh
17/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Kementerian Komunikasi dan Multimedia bercadang memperkenalkan modul baharu yang memfokuskan kepada komputer dan pengaturcaraan di sekolah bagi menyokong pembangunan modal insan berkeupayaan tinggi dalam teknologi digital.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata inisiatif itu yang akan dibincangkan dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, bertujuan meningkatkan minat pelajar dalam bidang inovasi dan ekonomi digital pada masa depan.

“Kita dalam proses melihat program-program berlainan yang wujud di seluruh dunia termasuk di Jepun, Korea dan Francis yang telah maju dalam bidang teknologi. Saya masih menilai modul-modul sedia ada dan kita kena lihat modul terbaik yang sesuai dengan keperluan negara dan masyarakat kita.

“Apabila ia selesai, saya berharap dalam dua hingga tiga bulan ini cadangan tersebut akan dibawa ke kabinet… ini bergantung kepada keputusan kabinet,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya beliau berharap inisiatif tersebut dapat direalisasikan dalam tempoh enam bulan akan datang.

“Ini satu keperluan. Kita sudah tiada masa dan kita tidak boleh tangguhkan lagi kerana kita perlu bergerak seiring dengan dunia,” katanya.

Terdahulu, Gobind Singh yang juga Anggota parlimen Puchong melancarkan hab penghasilan digital di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) (SJKT) FES Serdang sini hari ini.

SJKT FES Serdang merupakan antara 22 ‘Mydigital Maker Champion School’ yang bertujuan membudayakan penghasilan digital di sekolah-sekolah.

Sementara itu, Gobind Singh berkata gerakan #mydigitalmaker yang diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah selari dengan matlamat Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk melahirkan generasi muda yang bersedia menghadapi pasaran kerja baharu ekonomi digital.

“Pekerjaan pada masa depan akan memerlukan kecekapan digital yang tinggi bukan sahaja untuk menggunakan teknologi tetapi juga berkemampuan mencipta dan membuat pembaharuan atau inovasi teknologi digital,” katanya.

Gobind Singh turut berharap program Mydigital Maker Champion School akan diperluas ke sekolah lain termasuk di kawasan pedalaman di seluruh negara dan ibu bapa serta guru bersama-sama menyokong usaha kerajaan dalam pembentukan modal insan digital. – BERNAMA

Tags: Gobind Singh Deo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Gobind Lawat Ruang Pejabat Baharu Battersea Power Station

Gobind Lawat Ruang Pejabat Baharu Battersea Power Station

23/06/2024
0

LONDON : Battersea Power Station baru-baru ini menerima kedatangan Menteri Digital, Gobind Singh Deo sempena acara rangkaian Perbadanan Ekonomi Digital...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd