• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BWF Tidak Tahu Keputusan Rayuan Zulfadli, Chun Seang

oleh
30/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Panel bebas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan berhubung rayuan oleh dua pemain negara yang digantung, Zulfadli Zukiffli dan Tan Chun Seang, kerana kesalahan mengatur perlawanan.

Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund berkata, badan induk dunia itu, tidak mengetahui perkembangan mengenai kes rayuan itu kerana ia dikendalikan sepenuhnya oleh panel bebas yang dilantik oleh mereka.

“Saya tidak tahu tentang kemajuan kes itu kerana panel bebas kami mempunyai kuasa penuh dalam mengendalikan kes itu…jadi kami tidak tahu apa keputusan mengenai rayuan yang dibuat oleh panel bebas itu.

“Rayuan adalah satu lagi proses yang dikendalikan oleh panel tersebut,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman bandar-bandar tuan rumah bagi acara utama BWF dari 2019-2025, di sini, malam ini.

Pada Mei lalu, Zulfadli dan Chun Seang masing-masing digantung selama 20 dan 15 tahun dan denda US$25,000 (RM104,600) dan US$15,000 (RM62,760) selepas didapati bersalah mengatur perlawanan oleh panel panel bebas tersebut.

Kedua-dua pemain tersebut telah memfailkan rayuan masing-masing.

Dua pemain berkenaan dilaporkan melakukan kesalahan itu dalam dalam enam kejohanan berbeza dalam tempoh tiga tahun iaitu GP Emas Terbuka London (2013), GP Terbuka Belanda (2013), GP Emas Terbuka Korea (2014), GP Terbuka Macau (2014), GP Terbuka AS (2014) dan GP Emas Terbuka Brazil (2016).

Lund berkata pihaknya sedang mengambil langkah yang diperlukan untuk mengelak isu yang sama dari berulang pada masa depan dan percaya sukan itu kekal bersih daripada gejala mengatur perlawanan. – BERNAMA

Tags: BWF
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Kini Ranking Ke-167 FIFA

Next Post

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Related Posts

BWF Tunda Piala Thomas, Uber

15/09/2020
0

PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) membuat keputusan untuk menangguhkan kejohanan Piala Thomas dan Uber 2020 selepas mengeluarkan satu kenyataan hari ini. ...

BWF Umum Tuan Rumah Kejohanan Utama 2019-2025

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini mengumumkan 18 tuan rumah bagi kejohanan utama dari 2019 hingga 2025...

Next Post

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd