• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bursa Kembali Susut Selepas Dibuka Tinggi

oleh Ahmad Albab
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka tinggi namun susut semula selepas itu berikutan pengambilan untung sederhana disebabkan sentimen pasaran negatif berterusan terhadap perang perdagangan global, kata peniaga.

Pada 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.07 mata kepada 1,694.55 daripada 1,695.62 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 0.85 mata lebih tinggi kepada 1,696.47 hari ini.

Lingkungan pasaran bagaimanapun negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 115 berbanding 79, manakala 126 kaunter tidak berubah, 1,588 kaunter tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 68.77 juta unit bernilai RM33.90 juta.

Peniaga berkata, pelabur mengambil pendekatan berhati-hati terhadap unjuran pertumbuhan menjelang pertemuan Presiden Amerika Syarikat (AS) dan Presiden China Xi Jinping di Argentina minggu depan serta kurang yakin terhadap perkembangan perbincangan perdagangan.

Walaupun pergerakan positif dicatatkan semalam, unjuran teknikal bagi indeks penanda aras itu kekal rendah buat masa ini dengan petunjuk ke arah aliran menurun memandangkan rangsangan masih tidak mencukupi untuk mendorong peningkatan aliran di pasaran tempatan, katanya.

“Sekiranya sentimen pasaran menjadi lebih baik pada tahap itu, paras rintangan penting yang perlu diberi tumpuan adalah antara 1,740 dan 1,760,” katanya.

Sementara itu, peniaga lain berkata kecenderungan negatif hari ini juga disebabkan ketiadaan sebarang petunjuk daripada Wall Street memandangkan pasaran tersebut ditutup sempena cuti Hari Kesyukuran, sekaligus menambah tekanan berhati-hati dan kesukaran mendapatkan asas pergerakan kerana kebanyakan pelabur kekal tidak memasuki pasaran.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank turun tiga sen kepada RM9.36, Public Bank menambah dua sen kepada RM24.82, manakala TNB dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM14.78 dan RM9.24.

Bagi saham aktif, Sumatec naik setengah sen kepada tiga sen, Sanichi menokok dua sen kepada 17 sen, TATT Giap tidak berubah pada 25 sen dan Berjaya Corp turun setengah sen kepada 28 sen.

Indeks FBM Emas susut 8.88 mata kepada 11,787.28, Indeks FBMT 100 turun 7.64 mata kepada 11,631.78, FBM 70 kurang 10.27 mata kepada 13,920.07 namun Indeks FBM Ace meningkat 12.07 mata kepada 5,045.39.

Indeks FBM Emas Syariah turun 4.33 mata kepada 11,852.43.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 11.39 mata pada 17,281.07, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Industri naik 0.10 mata kepada 173.07 dan Indeks Perladangan bertambah 0.74 mata kepada 7,177.58. – BERNAMA

Tags: bursa malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

15/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Bursa Malaysia Bhd akan melancarkan Pasaran Karbon Sukarela (VCM) pada akhir tahun ini yang akan membolehkan syarikat...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd