• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan DAP Bangkitkan Isu ICERD – Lim

oleh Ahmad Albab
22/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan pihaknya tidak pernah membangkitkan isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) supaya diratifikasi di negara ini.

Beliau berkata tuduhan tersebut dilihat bertujuan membakar sentimen perkauman dan kebencian dalam masyarakat di negara ini.

“Saya rasa semua orang pun tahu bahawa isu itu (ICERD) tidak dibangkitkan oleh pihak kami DAP. Siapa yang bangkitkan itu…bukan kamilah.

“Itu sentimen perkauman yang cuba dibakar, kita tidak timbul langsung perkara ini dan pihak berkenaan cuba mengaitkan DAP atas tujuan politik mereka,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, sebuah gabungan NGO mendakwa isu ICERD merupakan agenda tersembunyi DAP bagi menghapuskan hak istimewa orang Melayu-Islam di negara ini.

Sehubungan itu, Lim mendesak gabungan NGO tersebut supaya memohon maaf dan menarik semula kenyataan serta tuduhan fitnah terhadapnya atau berdepan tindakan undang-undang.

“Mereka dakwa kononnya saya mengarahkan peruntukan program Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC) berjumlah RM200 juta yang sepatutnya kepada anak Melayu tetapi diberikan kepada tokong Cina, itu satu fitnah jahat kerana tiada langsung pun seperti sedemikian.

“Yang membuat fitnah dan tohmahan ke atas saya, itu amat bahaya kerana mereka hendak bakar dan hasut sentimen supaya lebih ramai keluar menyertai perhimpunan membantah ICERD, 8 Disember ini,” katanya.

Lim yang juga Menteri Kewangan berkata, atas nasihat peguam, beliau akan membuat laporan polis terhadap NGO terbabit atas tuduhan jahat yang dilemparkan. – BERNAMA

Tags: DAPICERD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd