• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Perempuan Selamat Walaupun Digilis 2 Kali

oleh Ahmad Albab
09/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dianggap sebagai budak ajaib kerana tidak mengalami kecederaan walaupun digilis sebuah kereta ketika bermain di sebatang jalan raya di China.

Media tempatan berkata, kanak-kanak itu dilaporkan bermain di tengah jalan dalam kejadian yang berlaku di bandar Yiwu di wilayah Zhejiang, timur China.

Satu rakaman kamera keselamatan menunjukkan kanak-kanak itu yang memakai baju berwarna merah jambu dan seluar merah berbaring di atas jalan raya sebelum sebuah kereta putih bergerak mendekatinya.

Ketika kejadian, jalan itu sibuk dengan kenderaan dan sebuah skuter dilihat mengelak daripada melanggar kanak-kanak berkenaan.

Namun, kereta putih itu gagal mengelak dan kanak-kanak berkenaan dilihat digilis oleh tayar depan serta tayar belakang kenderaan itu.

Apabila menyedari kejadian itu, pemandu kereta berkenaan segera keluar untuk melihat keadaan kanak-kanak itu yang kemudiannya dihantar ke hospital oleh ahli keluarganya.

Bagaimanapun, bapa saudara kanak-kanak itu memberitahu akhbar BJ News, mangsa hanya mengalami calar-calar pada badannya.

“Kami membawanya ke hospital untuk pemeriksaan tetapi doktor mendapati anak saudara saya tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibenarkan pulang,” katanya.

Doktor memberitahu, kanak-kanak itu terselamat dalam kemalangan itu kerana tulangnya masih lembut dan dia memakai pakaian yang tebal ketika itu.

Menurut pakar di Hospital Universiti Oxford, tulang kanak-kanak lebih lembut berbanding orang dewasa menyebabkan tulang mereka boleh melentur berbanding patah apabila berlaku sebarang impak. – Agensi/myMetro Online

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: budakdigilis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sarjan Thailand Didakwa Rogol 75 Remaja

Next Post

RMS Kekal Terajui FAS

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Peniaga Makanan Jepun Tak Mengaku Rogol Budak Dalam Kereta

05/05/2024
0

MUAR: Peniaga makanan Jepun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tiga pertuduhan merogol kenalan dalam kereta di...

Warga Emas Maut Digilis Treler

Warga Emas Maut Digilis Treler

17/04/2024
0

ALOR SETAR: Seorang lelaki warga emas maut selepas terjatuh dari motosikal yang ditungganginya sebelum digilis sebuah treler di Jalan Gangsa,...

Next Post

RMS Kekal Terajui FAS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd