• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Kemuka Penambahbaikan Operasi Di Air

oleh Ahmad Albab
16/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengemukakan pelbagai aspek penambahbaikan bagi mengelakkan kematian anggotanya dalam melaksanakan operasi menyelamat air.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata cadangan penambahbaikan itu yang terkandung dalam laporan siasatan tragedi kematian enam anggotanya dikemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan.

“Selain laporan siasatan dalaman, kita ada mencadangkan penambaikan dari aspek prosedur operasi standard (SOP) dan latihan serta perkara yang dirasakan perlu diperbaiki supaya tragedi sebegitu tidak berulang,” katanya.

Mohammad Hamdan berkata demikian semasa ditemui selepas menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Ramah Mesra Ketua Pengarah Bersama Pesara-pesara Bomba Pahang di Ibu Pejabat JBPM Pahang di sini, semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai laporan siasatan itu memandangkan satu jawatankuasa bebas ditubuhkan berhubung tragedi kematian enam anggota bomba pada 3 Okt lepas semasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki.

Kejadian berlaku di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong Selangor, dan mereka yang terkorban ialah Mohd Fatah Hashim, 34, Izatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan Omarbaki, 25, Yahya Ali, 24, Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Kesemua mereka adalah anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Shah Alam dipercayai maut selepas ditarik pusaran air deras di lombong itu.

Pada perkembangan lain, Mohammad Hamdan berkata pihaknya berusaha menjaga kebajikan pesara bomba yang banyak berjasa kepada negara termasuk dengan menubuhkan Persatuan Pesara-pesara Bomba di peringkat negeri.

“Selain Pahang, antara negeri yang menubuhkan persatuan pesara ini ialah Johor, Selangor dan Kuala Lumpur. Persatuan ini membolehkan kita memberi sumbangan secara berterusan kerana ada dalam kalangan mereka tidak sihat dan dimakan usia,” katanya.

Mohammad Hamdan menambah bantuan lebih mudah disalurkan apabila anggota berdaftar sebagai ahli, memandangkan alamat mereka tidak disimpan oleh jabatan atau kemungkinan anggota berpindah selepas bersara.

Beliau menambah pesara bomba yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang tertentu juga boleh dipanggil untuk berkongsi pengalaman dengan anggota baharu. – BERNAMA

Tags: Bombaoperasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd