• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Bentang ‘Belanjawan Bayangan’

oleh
01/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) hari ini membentangkan Inisiatif Ekonomi Rakyat, satu ‘belanjawan bayangan’ 2019 yang antara lain mencadangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikembalikan pada kadar tiga peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Kewangan Kabinet Bayangan BN, Khairy Jamaluddin berkata walaupun kadar GST ini lebih rendah berbanding enam peratus semasa pelaksanaannya, ia dijangka dapat mengutip hasil lebih tinggi berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang kini dilaksanakan.

“Daripada hasil kutipan sama dengan SST, cuma kita menjangkakan dapat meningkatkan hasil daripada mereka yang mengelak membayar SST. Jumlah sama, tetapi berdasarkan jumlah ketirisan SST, kita jangka dapat kutip hasil cukai lebih tinggi,” katanya pada sesi taklimat inisiatif berkenaan di bangunan Parlimen, hari ini.

Antara lain, anggota Parlimen Rembau itu berkata inisiatif berkenaan turut mencadangkan beberapa cukai baharu termasuk Cukai Soda pada kadar RM0.25 bagi setiap liter yang dijangka memberikan hasil RM360 juta setahun dan akan digunakan bagi Dana Kesihatan.

Selain itu, turut dicadangkan ialah Cukai Kekayaan terhadap individu yang mempunyai harta terkumpul tahunan melebih RM10 juta, dan Cukai Beg Plastik yang dijangka dapat mengutip RM1.46 bilion setahun menerusi kutipan RM0.15 daripada setiap RM0.20 caj ke atas pembelian beg plastik.

Ditanya mengenai peruntukan bagi menampung antara lain program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dicadang ditambah baik serta penyambungan semula Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Khairy berkata ia tidak ada masalah untuk dilakukan.

“Kalau lihat kepada punca pendapatan dan hasil negara, kita akan dapat mengutip sekitar RM247 bilion, berdasarkan pendapatan baharu, cukai danmenyemak semula keutamaan perbelanjaan,” katanya.

Katanya, inisiatif berkenaan yang dirangka berdasarkan input daripada jawatankuasa-jawatankuasa kabinet bayangan BN, mengambil kira falsafah ekonomi BN bagi tahun hadapan dengan menggariskan tiga teras iaitu merancakkan pembangunan, meningkatkan pengagihan dan kalis masa depan.

“Ia dirangka dengan kesinambungan kejayaan negara terdahulu, bukan sahaja untuk tunjukkan satu belanjawan lebih baik tetapi dengan harapan ada idea baik yang boleh diguna pakai kerajaan Pakatan Harapan dalam Belanjawan 2019,” katanya. – BERNAMA

Tags: Belanjawan 2019Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

14,400 Anggota Bomba Nikmati Elaun Khas RM200

11/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14,400 anggota bomba akan menikmati Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan. “Ia sebagai penghargaan...

Belanjawan 2019 Disemak Jika Harga Minyak Bawah AS$50 Setong

23/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan hanya akan menyemak Belanjawan 2019 jika harga minyak mentah susut kurang daripada AS$50 setong, kata Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd