• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Besi Buruk’ Tersadai Jejas Ibu Kota

oleh Ahmad Albab
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sengaja dibiarkan tersadai sehingga kenderaan itu buruk hanya kerana mahu lari daripada membayar ansuran bulanan.

Itu antara sikap tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri segelintir individu membiarkan kenderaan mereka sesuka hati menyebabkan masalah kepada pihak lain, sekali gus mencacatkan pandangan di sekitar ibu kota.

Selain itu, ada juga kenderaan buruk yang tersadai didapati terbabit kes jenayah atau dilaporkan hilang.

Malah, kewujudan kereta dan motosikal buruk tersadai di beberapa kawasan menjadikan pemandangan di lokasi berkenaan kelihatan kotor terutama di tempat tumpuan orang ramai.

Keadaan itu mencetuskan masalah kepada pengguna jalan raya berikutan ia menjadi halangan di laluan sekitar selain mendatangkan isu lain seperti kekotoran yang boleh mengundang wabak penyakit antaranya demam denggi serta gejala sosial termasuk penagihan dadah di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Azman Mahmood berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa faktor mendorong pemilik membiarkan kenderaan mereka tersadai.

“Pertambahan pendaftaran kenderaan baru serta pemilik memiliki lebih daripada satu kenderaan adalah faktor utama mendorong permasalahan itu. Selain itu, ada antara pemilik meninggalkan kenderaan di bengkel, namun ia tersadai kerana tiada alat ganti atau kos baiki mahal.

“Dalam sesetengah kes, ada kenderaan tersadai terbabit dengan kegiatan jenayah atau dicuri yang ditinggalkan di kawasan tertentu. Malah, ada kenderaan yang tersadai terbabit dengan kemalangan atau kebakaran.

“Tidak dinafikan, ada juga pemilik meninggalkan kenderaan di kawasan tertentu bagi mengelak membayar ansuran bulanan sekali gus menyebabkan ia tersadai,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jalan Tun Razak, di sini, semalam.

Azman berkata, pihaknya mengalu-alukan pemilik yang mahu melupuskan kenderaan mereka secara sukarela tanpa dikenakan sebarang bayaran.

“Dalam usaha membersihkan Bandar Raya Kuala Lumpur, kami boleh membantu pemilik yang mahu melupuskan kenderaan mereka secara sukarela dengan percuma bagi mengelakkan ia buruk dan tersadai.

“Pemilik kenderaan yang mahu berbuat demikian boleh menghubungi talian aduan DBKL 1800 88 3255 atau bilik gerakan Jabatan Penguatkuasaan DBKL di talian 03 40244424,” katanya. – myMetro Online

Tags: DBKLkereta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd