• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanjawan 2019 Tidak Terperinci – Abang Johari

oleh Ahmad Albab
03/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatkan Belanjawan 2019 dengan peruntukan untuk Sarawak berjumlah RM4.3 bilion tidak begitu terperinci.

Beliau menganggarkan jumlah itu adalah hanya untuk pembinaan lebuh raya Pan Borneo sahaja memandangkan butiran yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terlalu umum.

“Kita berterima kasih dengan belanjawan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan semalam tetapi tidak ada butiran terperinci, beliau tidak ada menyatakan tentang peruntukan untuk sekolah dan projek pembangunan luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Wanita 2018 di Pusat Konvensyen Penview di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata beliau pernah menulis surat terbuka kepada Guan Eng mengenai peruntukan pendidikan di negeri ini di samping menawarkan pinjaman sebanyak RM1 bilion kepada Kerajaan Pusat.

Namun sehingga sekarang Kerajaan Negeri masih belum mendapat jawapan dan maklum balas daripada beliau. – BERNAMA

Tags: Belanjawan 2019Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SBEZ Mampu Jana Hasil Negeri Dalam Tempoh Yang Cepat

Next Post

Jakim Akan Serap 3,000 Guru Kafa Ke Jawatan Tetap

Related Posts

14,400 Anggota Bomba Nikmati Elaun Khas RM200

11/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14,400 anggota bomba akan menikmati Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan. “Ia sebagai penghargaan...

Badan Bukan Islam Akan Terus Mendapat Peruntukan

24/12/2018
0

KUCHING - Komitmen kerajaan Sarawak untuk memupuk keharmonian dan pemahaman agama bukan hanya sekadar dalam bentuk lisan tetapi juga dalam...

Next Post

Jakim Akan Serap 3,000 Guru Kafa Ke Jawatan Tetap

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd