• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2019: Anak Seni Harap Wujud Bantuan Kebajikan

oleh Cj Mnh
01/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) berharap Belanjawan 2019 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng esok, turut mewujudkan peruntukan bagi membantu kebajikan golongan seni di negara ini.

Anggota Pemegang Amanah YKAT Datuk Nashruddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash berharap kerajaan dapat memberi perhatian serta pembelaan terhadap soal kebajikan warga penghibur kerana mereka turut mempunyai jasa tersendiri kepada negara.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri progam bual bicara Bernama Today bagi siaran Bernama News Channel di Wisma Bernama di sini hari ini.

Nash berkata ada tiga perkara utama yang perlu diberi penekanan oleh kerajaan iaitu mengenai perlindungan kesihatan, pemilikan kediaman serta bantuan kepada golongan artis veteran.

“Besar harapan sekiranya dalam pembentangan belanjawan kali ini, bantuan kepada anak seni diberi tumpuan setanding dengan kejayaan dan penglibatan yang diraih.

“Mungkin kerajaan boleh wujudkan satu skim perlindungan kesihatan atau ‘medical card’ (kad perubatan) buat anak seni, selain menjaga kebajikan artis veteran yang tidak lagi mempunyai kudrat untuk mencari rezeki,” katanya.

Nash yang terkenal dengan lagu-lagu popular seperti ‘Pada Syurga di Wajahmu’ dan ‘Ku Di Halaman Rindu’ berkata rakan-rakan artis banyak memainkan peranan penting dalam membantu kempen-kempen kesedaran dijalankan kerajaan untuk disampaikan kepada masyarakat.

“Kami sentiasa menyokong segala inisiatif kerajaan malah memainkan peranan dalam kempen advokasi kerajaan berkaitan bahaya merokok, kes penderaan dalam kalangan masyarakat selain membantu menyalurkan maklumat kepada rakyat dan sebagainya.

“Buat masa ini, kebajikan golongan artis banyak bergantung kepada YKAT, dan kami mengharapkan pembelaan yang lebih baik,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini yayasan itu ada menerima bantuan dana daripada kerajaan serta sumbangan pihak lain bagi membantu golonan artis yang terlibat dengan musibah seperti kemalangan, rawatan kesihatan dan bantuan menguruskan kematian.

“YKAT turut memberi sumbangan sagu hati kepada rakan artis yang mencapai usia persaraan (60 tahun) dalam bentuk wang tunai RM2,000 tanpa syarat khas dikenakan, cukup sekadar mempunyai ‘track record’ dalam arena seni tanah air ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Belanjawan 2019kebajikan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Pegawai Polis Didakwa Tipu 2 Pesara Kerajaan

Next Post

Ahli Majlis Daerah Perlu Prihatin Keperluan Rakyat

Related Posts

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

28/01/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menerima sebanyak 2,610 aduan berkaitan kebajikan kucing termasuk dijadikan makanan kepada ular. IKUTI CHANNEL...

PM Nafi Abai Kebajikan Golongan M40

PM Nafi Abai Kebajikan Golongan M40

22/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menepis dakwaan bahawa kerajaan mengabaikan kebajikan golongan M40. (Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan...

Next Post

Ahli Majlis Daerah Perlu Prihatin Keperluan Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd