• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Tentera Dihukum Penjara 5,160 Tahun

oleh Ahmad Albab
23/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR RAYA GUATEMALA – Sebuah mahkamah Guatemala kelmarin menjatuhkan hukuman penjara selama 5,160 tahun ke atas seorang bekas tentera kerana melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap 201 orang petani dalam salah satu kekejaman terburuk semasa perang saudara di Amerika Tengah.

Mahkamah mendapati Santos Lopez ‘bertanggungjawab sebagai dalang’ kepada 171 pembunuhan dengan hukuman penjara selama 30 tahun bagi setiap kesalahan, atau 5,130 tahun secara keseluruhan.

Dia turut menerima tambahan selama 30 tahun yang dikaitkan dengan cubaan pembunuhan seorang kanak-kanak yang terselamat tetapi hukuman tersebut menjadi simbolik kerana tempoh hukuman penjara maksimum di Guatemala adalah 50 tahun.

Lopez merupakan bekas ahli pasukan antipemberontakan yang dilatih oleh Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai Kaibil. Dia ditangkap di AS dan dihantar pulang pada tahun 2016.

Berdasarkan siasatan, Lopez merupakan sebahagian daripada kumpulan yang melakukan pembunuhan besar-besaran pada Disember 1982 di kampung Don Erres yang terletak bersempadan dengan Mexico.

Pasukan tentera cuba mendapatkan semula kira-kira 20 pucuk raifal yang dicuri oleh puak gerila dalam serbuan yang dilakukan sebelumnya dan menyebabkan 19 tentera maut.

Kisah Dos Erres pernah dirangkumkan dalam sebuah dokumentari pada tahun 2017 bertajuk ‘Finding Oscar’ yang diterbitkan secara eksekutif oleh Steven Speilberg yang menceritakan pencarian seorang kanak-kanak lelaki yang terselamat dan dibesarkan oleh salah seorang tentera tersebut.

Sebilangan ahli Kaibil turut disabitkan kesalahan, dengan setiap seorang menerima hukuman penjara selama lebih 6,000 tahun.

Pembunuhan besar-besaran itu berlaku semasa pemerintahan diktator Efrain Rios Montt yang turut didakwa terlibat dan telah meninggal dunia pada April lalu. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: bekas tenteraPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd