• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Goldman Sachs Pernah Berurusan Dengan Jho Low

oleh Cj Mnh
23/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Goldman Sachs Group Inc, Lloyd Blankfein pernah mengadakan pertemuan dengan pembiaya kewangan, Low Taek Jho atau Jho Low pada tahun 2012 yang dikaitkan dengan skandal penipuan dan rasuah di Malaysia.

Pertemuan di antara Blankfein dan Jho Low itu dimaklumkan oleh Goldman Sachs Group Inc selepas New York Times melaporkan, barisan pendakwa raya sedang meneliti pertemuan itu sebagai sebahagian daripada siasatan jenayah ke atas pihak bank berkenaan dengan memetik individu yang dirasakan biasa dan tahu tentang kewangan.

Akhbar New York Times itu juga melaporkan, Blankfein juga pernah mengadakan pertemuan secara peribadi dengan Jho Low tetapi dinafikan oleh pihak bank.

“Blankfein pernah diperkenalkan dan mengadakan pertemuan peringkat atasan pada Disember 2012 dengan Ketua Pegawai Eksekutif Aabar di mana merupakan klien kepada firma pada ketika itu,” kata Goldman Sachs dalam satu kenyataan yang merujuk kepada Tabung Pelaburan Abu Dhabi.

“Atas permintaan Aabar, Jho Low menemani Ketua Pegawai Eksekutif itu untuk hadir pada pertemuan tersebut.

“Akan tetapi, dia menafikan pernah mengadakan pertemuan secara empat mata dengan Jho Low dan perkara pertemuan itu juga didakwa tidak pernah direkodkan,” jelas kenyataan itu lagi.

Peranan Goldman Sachs dalam isu 1MDB sedang dipertimbangkan kerana ia memberi kesan ke atas saham bank berkenaan selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, beliau akan menuntut sepenuhnya pemulangan duit yang telah dibayar sewaktu membuat urusan 1MDB.

Pihak Amerika Syarikat menuduh wujudnya beberapa kumpulan kecil rakyat Malaysia yang diketuai oleh Jho Low, menggubah wang dari 1MDB masuk ke akaun peribadi seolah-olah transaksi yang dilakukan itu sah dan dilakukan seolah-olah satu transaksi perniagaan sedangkan sebenarnya, ia tidak kelihatan seperti itu.

Goldman Sachs memperoleh AS$593 juta atas tiga bon yang dijual dan mengumpul sehingga AS$6.5 bilion untuk 1MDB pada tahun 2012 dan 2013. Ini jumlah kecil yang lazimnya diperoleh oleh bank hasil berurusan dengan kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tags: Goldman SachsJho Low
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd